Cool Giler! Cyberjaya Miliki Tempat Lepak Berkonsep ‘Urban Nature’

Buat mereka yang jarang datang ke Cyberjaya, mesti korang takkan sangka dalam area Cyberjaya ni… ada sebuah kawasan lepak yang ‘breathtaking’ gila! Tempat ni memang sesuai untuk semua orang especially mereka yang berjiwa muda. Confirm korang akan rasa fresh je kepala kalau datang ke Tamarind Square!

Untuk pengetahuan korang, Tamarind Square merupakan sebuah ‘open mall’ yang berkonsepkan urban nature. So… tak peliklah kalau korang tengok sepanjang kawasan ni penuh dengan dedaun hijau merimbun. Sejuk je hati bila ke mari.

A large building

Description automatically generated
Kredit: investcyberjaya.com

Struktur Binaan Yang Berjiwa Seni

A picture containing building, food

Description automatically generated

Bagi mereka yang study dalam course Art & Architecture, confirm korang akan suka dengan tempat ni! Boleh dikatakan Tamarind Square ni tempat memberi inspirasi kepada mereka yang berjiwa seni. 

Struktur binaan dekat mall ni sangat menarik & sesuai untuk dijadikan reference buat mereka yang belajar senibina. Mana tahu dok lepak sambil belek-belek building kat area ni muncul idea-idea genius dalam kepala korang tu… 

A picture containing bus, train, car, man

Description automatically generated
A person standing in front of a building

Description automatically generated

Kalau korang yang jenis memang tak boleh berpisah dengan hobi ber-ootd tu… haa datanglah ke sini sebabnya banyak port yang superb nature untuk korang berfoto. Cuma korang kena jadi kreatif sikitlah mencari angle yang lawa untuk kasi gambar korang tu meletops!

Syurga Buat Kaki Buku!

A store inside of a building

Description automatically generated
Kredit : Tamarind Square

Berita gembira buat si book lovers! Dalam Tamarind Square ni ada kedai buku BookXcess tau. Yang menariknya kedai buku ni beroperasi selama 24 jam! So korang tak payah kalut-kalut rushing nak ke sini okay… 

A picture containing indoor, ceiling, table, kitchen

Description automatically generated
A picture containing indoor, library, sitting, table

Description automatically generated
Kredit: Says

Eh!! korang jangan ingat kedai buku ni untuk beli buka semata taw sebab dekat sini pun disediakan ruangan untuk mereka yang nak melepak buat kerja. Kafe pun ada kat dalam BookXcess ni gaiss! Boleh tahan besar juga kawasan dalam kedai ni… memang melekat la korang stay dalam BookXcess ni… 

So, lepas PKP ni jom ramai-ramai ke Tamarind Square ye! Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.tamarindsq.com.

Raja Lepak

Read Previous

Unik! Perkampungan Warga Emas Nyanyuk

Read Next

Kecur Air Liur! 12 Durian Ini Wajib Anda Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *