Bronok: Makanan Istimewa Dari Bumi Mahsuri Langkawi

First time Abang Bob ke Langkawi dulu, abang ada makan sejenis hidangan istimewa yang berasal dari sana. Masa mula-mula tengok tu, memang tak berselera langsung! Sebab rupanya yang pelik dan kurang menyenangkan. Dikenali sebagai bronok, tak sangka rasanya sungguh sedap!

Korang kenal tak apa itu bronok? Bronok ni merupakan makanan eksotik yang sangat istimewa bagi penduduk pulau lagenda Langkawi.

Bronok selalunya disajikan sebagai kerabut oleh rakyat tempatan. Bronok ni spesies hidupan laut yang hidup kat kawasan pantai berselut.

Bentuknya kelihatan seakan-akan gamat ataupun timun laut. Tekstur kulitnya sangat licin dan lembik seperti sotong dan terdapat dalam beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah muda. Isinya juga sangat kenyal dan agak masin.

Baca artikel ini: Nasi Tumpang (Tupe) Dan Nasi Tumpeng. Apa Bezanya?

Kebiasaannya, ia hanya dijadikan kerabu sebab sifatnya yang alah kepada haba membuatkan ia akan mencair menjadi air masin jika dimasak.

Cukup sekadar dimakan bersama nasi putih yang dihidang panas, rasanya sangat menyelerakan! Bronok ni hanya boleh didapati pada musim-musim tertentu sahaja.

Brokok perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sebelum ditapis bagi mengelakkan berair.

Terdapat dua cara bagi memperoleh bronok. Pertama, mengutipnya sendiri di tepi pantai dengan cara menyelukkan tangan ke dalam selut. Kedua dengan menggunakan bot atau sampan di tengah lautan.

Sekiranya korang ingin merasai sendiri kelazatan kerabu bronok ini, korang wajib datang ke Langkawi. Tapi bukan sekarang yer!

Baca artikel ini: Teringin! 7 Makanan Jepun Popular Bagi Orang Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Seram! 6 Rumah Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Read Next

Nak Jumpa Hantu? Pergi Kat 5 Tempat Menyeramkan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *