Aktiviti ‘Memukau Mata’ Anda Boleh Lakukan di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan rumah kepada hampir lebih daripada 14 air terjun latar, air penyejukan, jeram-jeram dan sungai sebagai tempat ideal untuk pelbagai jenis spesis ikan air tawar dan hidupan liar.      

Jadi, hari ini Damak nak berkongsi dengan pembaca semua pengalaman Damak bermalam di Tasik Kenyir. Pelbagai aktiviti yang telah Damak lakukan walaupun hanya bermalam satu hari sahaja di atas houseboat.

Hampir 2 malam kami bermalam di atas “Houseboat”. Setiap destinasi mengambil masa yang agak lama untuk sampai, serta halangan kepada pemandu bot untuk memandu kerana pelayaran ini harus mengikuti arus peredaran angin di lautan tasik tersebut.

Antara beberapa tempat yang Damak dan rakan-rakan berpeluang untuk melawati adalah Santuari Kelah, 2 Air Terjun termasuk Air Terjun Saok dan Air Terjun Lasir serta tidak dilupakan Gua Bewah.

1.   Santuari Kelah Lubuk Kejor

Kredit: Media Permata

Santuari Kelah, Lubuk Kejor, Sungai Petang merupakan tempat pemuliharaan dan pemeliharaan ikan kelah atau ‘Raja Sungai’ iaitu ikan air tawar. Kalau kaki pancing ni memang sukalah tengok ikan ni… memang geram giler.

Kepupusan spesis ikan ini semakin mendapat ancaman dan sangat memerlukan pemuliharaan kembali. Kami berpeluang untuk merasai pengalaman bermain dan memberikan ikan kelah tersebut makan. Uniknya spesis ikan kelah tersebut ialah ia sangat mesra dengan kehadiran manusia di sekelilingnya.

2.   Miliki Air Terjun Yang Sunguh Memukau

Air terjun yang terdapat pada Tasik Kenyir pula mempunyai keunikan ia tersendiri. 2 buah air terjun yang dikenali sebagai Lasir dan Saok telah berjaya kami terokai dan menikmati kesejukan air yang jernih serta bersih. 

Ramai pelancong yang datang dari pelbagai jenis negeri mahupun negara turut serta menikmati keindahan-keindahan yang ada pada kawasan tersebut. Buat pengetahuan semua, pelancong asing memang sangat suka dgn air terjun di sini.

3.   Gua Bewah

Kredit: tripcarte

Tidak ramai orang yang tahu tentang kewujudan tempat yang sememangnya tersembunyi. Secara umumnya, Gua Bewah ini pernah menjadi kilang tahi kelawar yang digunakan sebagai baja. 

Ahli-ahli arkeologi tempatan juga turut menemui rangka manusia, kulit siput dan lain-lain barangan tinggalan zaman dahulu yang dipercayai dari zaman Mesolitik dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong.

Selain tu, jika korang sukakan atau menggemari aktiviti lasak dan mencabar, pelayaran ini adalah sangat disyorkan. 

Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan mengagumkan yang boleh dilawati untuk memenuhi hari-hari santai anda serta percutian bersama yang tersayang. 

Artikel berkaitan:
Cabaran Redah Dua Gunung di Bukit Fraser Yang Amat Sukar & Mencanak
Pelbagai Spesis Lipas Menanti Anda di Gua Gomantong

Raja Lepak

Read Previous

Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku

Read Next

7 Pantang Larang Orang Tua Yang Pelik Tapi Masuk Akal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *