Pelbagai Spesis Lipas Menanti Anda di Gua Gomantong

Sebut nama pun orang dah geli, inikan pula bila menjejaki sebuah gua yang sangat terkenal dengan kehadiran beribu-ribu haiwan kecil khususnya lipas ini di dalamnya. Lipas merupakan antara serangga yang menjadi ‘musuh’ kepada manusia.

Bagi mereka yang geli dan alah pada serangga kecil, inilah peluang mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah.

Menariknya, Gua Gomantong ini dikenali sebagai gua lipas kerana terdapat pelbagai spesis lipas boleh ditemui dalam gua tersebut.

Di siling gua tinggal berjuta-juta kelawar, sementara di lantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pepijat yang menggelikan termasuk pelbagai spesies ular.

Serangga dan binatang ini tidak mengganggu pengunjung yang memasuki gua berkenaan kerana kehadiran mereka hanyalah untuk kelangsungan hidup dengan memakan tahi dan bangkai kelawar. Bau asid amonia daripada najis dan kencing kelawar cukup kuat menusuk hidung.

Begitupun kalau korang yang nak datang sini tidak perlu khuatir dengan tahap keselamatan kerana laluan lantai di situ, dibina daripada kayu yang kukuh binaannya, sedia membawa pengunjung ke kawasan sekitar gua yang hendak diterokai tanpa gangguan binatang berbisa.

Gua ini terkenal dengan sarang burung walet dan sarangnya menjadi sumber pendapatan masyarakat sekitar dengan hasilnya dituai selama berabad-abad lagi.

Selain Gua Gomantong, terdapat 27 lagi gua kecil batu kapur di sekitarnya turut menjadi habitat jutaan burung walet.

Mengikut sejarah, gua berkenaan ditemui pada 1782 oleh pengkaji C Bamfyles dengan menyatakan Pengiran Sandukung, datuk kepada Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey, individu pertama menjalankan aktiviti memungut sarang burung di sini.

Pada 31 Mac 1949, Gabenor Jeselton menyatakan, sebelum The North Borneo British Chartered Company mengambilalih pentadbiran di Sandakan, Gua Gomantong adalah hak mutlak dan di bawah kawalan Pengiran Digadong Samah. Pengiran Ebey adalah pemilik terakhir yang terkorban ketika menentang pentadbiran kolonial British.

Kini Gua Gomantong terpelihara kerana terletak dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas IV dalam Daerah Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan. Kerajaan melindunginya daripada diceroboh menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.

Malah, gua itu telahpun diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Artikel berkaitan

Slim River Miliki ‘Water Rafting’ Terbaik di Malaysia?

Cabaran Redah Air Terjun Lata Hammer

Raja Lepak

Read Previous

Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu

Read Next

Jom Kemas Rumah Guna Teknik Kon Mari Yang Buat Anda Terpegun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *