Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu

Damak yakin mesti korang pernah dengar hantu galah kan. Hantu yang digambarkan dgn susuk tubuh tinggi lampai yang sesiapa menjumpainya pasti hanya ternampak kakinya sahajanya, Kalau nak tahu asal usul hantu galah, Damak akan share dengan korang hari ini.

Ini cuma cerita orang-orang tua sahaja tau. Cerita ini pun Damak dapat dari moyang Damak yang menceritakan kepada Damak tentang kisah hantu galah.

Menurut orang-orang lama, hantu tinggi atau hantu galah ini asalnya dari pemburu yang sesat di dalam hutan. Pemburu itu ketika itu mempunyai isteri yang sedang sarat mengandung dan suatu hari isterinya mengidam mahukan rusa putih.

Jadi, demi menurut hajat isterinya, si suami mengambil keputusan untuk masuk hutan mencari rusa putih tersebut ditemani dgn seekor anjing. Sudah banyak rusa yang dibunuhnya namun seekor pun tidak berwarna putih.

Namun, dia tidak berputus asa sehingga dia menemui rusa putih tersebut namun ketika dia mahu mengambil rusa berkenaan, dirinya dihalang oleh puaka hutan yang berupakan seekor wanita tua. Dia dimarahi wanita tersebut kerana telah banyak membunuh rusa.

Akhirnya pemburu itu disumpah menjadi hantu galah dan anjingnya pula menjadi burung berek2 dan sejak itu pemburu tersebut tidak pulang-pulang ke rumah. Isterinya pula selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Malim Karimon. Setelah dewasa, dia mengambil keputusan mencari ayahnya di hutan yang hilang dahulu.

Setelah mencari dan menggunakan ilmu tertentu, Malim Karimon berjaya berjumpa ayahnya namun ditakdirkan tidak boleh kembali kepada asal disebabkan tindakannya dulu yg membunuh rusa putih. Sejak dari itu, Malim telah menurunkan pantang larang dan syarat-syarat kepada cucu-cucunya ketika hendak masuk hutan agar tidak diganggu oleh hantu galah.

Sudah menjadi kebiasaan orang tua2, apabila ribut melanda, mereka akan membakar lada kering di pintu rumah yg bertujuan untuk mengelakkan rumah dilanda ribut berkenaan. Moyang Damak juga ada berkata, kalau terdengar bunyi burung berek2 sewaktu ribut menandakan hantu galah ada bersamanya.

Mereka juga membakar di depan rumah agar jika hantu galah tercium bau lada kering dibakar, maka hantu tinggi akan tahu bahawa rumah berkenaan adalah milik anak cucunya dan tidak akan lalu di kawasan berkenaan.

Mengikut cerita moyang Hamka, hantu galah ni tersangat tinggi. Kalau tersempak dengannya, kita tidak akan dapat melihat wajahnya kerana ia sedang mendongak ke langit. Kakinya pula dipercayai berbulu lebat dan keras seperti ijuk enau. Kalau korang nak tahu, ijok enau ini sejenis serabut dari pokok enau.

Kalau korang teringin nak berkawan dgn hantu galah, korang ambilnya sehelai bulu kakinya yang dipercayai korang akan menjadi gagah dan kebal tapi ada pantang laranglah yang korang kena jaga, tak jaga nahaslah korang!

Namun setelah pengaruh Islam kuat di dalam masyarakat, amalan kepercayaan ini terhapus sedikit demi sedikit dan masyarakat kini sudah tidak lagi mempercayai hantu dan kuasa ghaib. Hanya segelintir je yang masih mempercayainya.

Artikel berkaitan
Betul Ke Jalan Karak Lama Berhantu?
Taman Tema Mimaland Dulu Gah Kini Jadi Tempat Berhantu?

Read Previous

11 Makanan Tradisi Perak Hampir Pupus

Read Next

Pelbagai Spesis Lipas Menanti Anda di Gua Gomantong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *