Bagaimana Nak Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa?

Biasa laa beb, lepas seharian menahan lapar dan dahaga, bila masuk jer waktu berbuka puasa, segala benda yang ada kat depan makan rasa nak sumbat jer kat dalam perut.

Abang Bob tak boleh nafikan benda tu sebab Abang Bob sendiri salah seorang daripadanya. Hahaha! Dah cuba nak tahan nafsu, tapi gagal! Makan seolah-olah dah setahun tak dapat makan. Macam mana laa nak kurus yer?

So kat sini Abang Bob nak kongsikan sedikit cara bagaimana nak elak makan berlebihan semasa berbuka puasa. Harap-harap membantu korang nanti.

1.   Bermula dengan kurma

Kurma buah yang sangat istimewa dengan gabungan gula ringkas dan serat untuk bolehkan korang solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan berat. Kurma juga kaya dengan kalium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan makan 10 biji! 1 hingga 3 biji kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi korang yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

Baca artikel ini: 5 Makanan Eksotik Di Malaysia

2.   The 20-Minute Rule!

Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau korang belasah makanan sepanjang 20 minit, kebarangkalian besar korang akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dalam kuantiti sedikit sebab rasa kenyang akan datang selepas lebih kurang 20 minit.

3.   Sasaran Kalori: dalam 700 kcal

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal. Tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan. Pilih segenggam sumber karbohidrat seperti nasi, bihun, kentang, mee atau roti. Tambahkan dengan sumber protein yang berkualiti seperti ayam, ikan, tofu dan daging.

4.   Tiga Jenis Air

Tak salah kalau nak berbuka dengan pelbagai jenis air. Antaranya:

Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Meminum air panas membantu untuk ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Tapi taklah sampai panas mendidih.

Air kosong: Air kosong adalah yang sebaiknya sebab tidak berkalori. Tapi janganlah belasah 3-4 gelas air. Nanti perut akan kembung dan tak selesa. Take it slow and easy.

Air manis: Untuk air manis, ambil yang paling last sekali. Tetapi jangan ambil secara berlebihan sebab air manis mengandungi kalori yang agak tinggi.

Dah fahamkan bagaimana cara untuk kawal pemakanan korang semasa berbuka puasa. Berpuasa ni cara untuk mengajar korang kawal selera makan. Bukannya untuk mengajar korang makan dengan berselera waktu berbuka. Ambil peluang bulan puasa ini sebaik mungkin untuk mengawal berat badan korang.

Baca artikel ini: 7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

Raja Lepak

Read Previous

8 Makanan Biasa Jadi Luar Biasa Ketika Ramadhan

Read Next

Nak Cabar Diri! Jom Bertemu Hantu di Kellie Castle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *