Nak Cabar Diri! Jom Bertemu Hantu di Kellie Castle

Lagi seram dan menggerunkan sesuatu tempat atau lokasi itu, bertambah ramai orang berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman ‘bertemu’ hantu atau entiti paranormal. Bagi korang yang ingin merasai situasi itu, Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak, antara destinasi wajib kunjung khususnya di kalangan pelancong-pelancong daripada luar negara.

Walaupun menyeramkan dan dikaitkan dengan kisah mistik, lokasi itu mampu menarik minat pelancong untuk terus meneroka apa yang ada dalam rumah agam separuh siap ditinggalkan lebih 100 tahun itu.

Pun begitu, populariti Kellie’s Castle terus memuncak dalam kalangan penggemar atau pelancong paranormal gara-gara filem pecah panggung, Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang menjalani penggambarannya di lokasi berkenaan.

Ini sekali gus berjaya dengan jumlah kutipan sehingga RM48 juta selepas ditayangkan di empat negara — Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/12/node-4812/DSC02653.JPG?itok=FXB-Ju08

Jika sebelum ini hanya pelancong asing yang kerap bertandang ke Kellie’s Castle, namun sejak akhir-akhir ini, pengunjung di kalangan masyarakat tempatan menunjukkan jumlah kehadiran memberangsangkan lebih-lebih lagi selepas Munafik 2 selesai tayangannya di pawagam.

Jumlah peningkatan pengunjung ke tempat ini terutama pada hujung minggu disebabkan mereka ingin melihat sendiri lokasi pembikinan Munafik 2 apabila hampir 60 peratus filem berkenaan memaparkan seni bina luaran dan dalaman rumah agam yang mistik ini.

Suasana persekitaran Kellie’s Castle memang menyeramkan. Damak pun pernah dibawa masuk ke bilik linen iaitu tempat tukang dobi dari Madras, Mr Gopal pernah bertugas di situ. Tak sanggup berada lama di lokasi berkenaan kerana tidak semena-mena meremang bulu roma.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/12/node-4812/DSC02703.JPG?itok=zGVx7s55

Bersebelahannya ialah bilik anak perempuan Smith, Helen. Menurut Yuriz, di situlah beberapa pengunjung sebelum ini pernah terdengar suara kanak-kanak perempuan sedang menangis terutama menjelang waktu petang.

Difahamkan, sekitar jam 5.30 petang hingga jam 7.30 malam dan 2 pagi hingga jam 3 pagi adalah ‘waktu puncak’ hantu Kellie’s Castle keluar berpeleseran mencari mangsanya. Sama ada benar atau tidak fakta berkenaan, tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana belum ada yang berani cuba masuk ke Istana Kellie pada waktu berkenaan.

Buat pengetahuan semua, lokasi ini mula menjadi famous di kalangan pelancong asing selepas sepasang suami isteri dari Kanada yang pernah berkunjung ke Rumah Kellas pada waktu malam hanya untuk merakam gambar kelawar.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/12/node-4812/DSC02714.JPG?itok=zjvJ5hnv

Selesai sesi penggambaran di tengah malam, isterinya ternampak kelibat atau imej misteri seorang lelaki berdiri sambil termenung di tepi tingkap. Kononnya entiti paranormal berkenaan adalah jelmaan hantu William Kellie Smith.

Gara-gara kisah misteri berkenaan, sehingga hari ini, Kellie’s Castle dikunjungi ramai pelancong dari negara Barat, terutama England.

Manakala lokasi yang digelar Balkoni Serambi Berhantu yang terletak bersebelahan bilik Helen dan kamar tidur Smith dan isterinya, Agnes, dikhabarkan menjadi tempat paling ‘keras’ di dalam rumah agam berkenaan.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/12/node-4812/DSC02661.JPG?itok=lfjbuh8e

Lokasi terbuka berhampiran pokok besar itu juga menjadikan kawasan berkenaan berangin dan sekali-sekala mampu meremangkan bulu roma sekalipun pada waktu siang.

Kunjungan pelancong ke Kellie’s Castle bukan bertujuan memomokkan pengunjung bahawa istana ini berhantu, jauh sekali memesongkan akidah sebaliknya memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman unik dan keadaan seram apabila berada dalam rumah agam berkenaan dalam situasi selamat serta terkawal.

Sekiranya bernasib baik, korang bolehlah terserempak dengan entiti paranormal yang kononnya berkeliaran di situ.

Raja Lepak

Read Previous

Bagaimana Nak Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa?

Read Next

Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *