Kali ni Damak nak ceritakan kisah hantu penanggal. Menurut mitos, penanggal merupakan ilmu pemeliharaan makhluk halus atau lebih dikenali sebagai saka. Kebiasaannya, hantu penanggal ini diamalkan oleh golongan wanita.
Dipercayai, makhluk ini akan diberikan makanan iaitu darah daripada ibu mengandung atau yang baru melahirkan anak oleh tuannya. Menurut kepercayaan orang-orang dahulu, hantu penanggal ini membolehkan tuannya untuk menjelma kepada sejenis makhluk berkepala dengan urat perut (organ dalaman) yang dikatakan mampu terbang untuk mencari mangsanya.
Apa yang seramnya mengenai hantu penanggal ini, ia mampu mengesan dan mengenal pasti wanita yang sedang sarat mengandung/wanita yang baru sahaja habis bersalin. Hantu penanggal ini akan mencari peluang dan kesempatan untuk menghisap darah sekiranya mangsa terleka.
Pengamal ilmu penanggal ini dikatakan mampu menanggalkan kepala bersama-sama isi perutnya (organ dalaman) untuk mencari mangsa. Maksudnya, pemilik ilmu ini membenarkan ‘saka’ tadi untuk meminjamkan tubuhnya bagi mencari mangsa. Ketika itu, tuan pemilik kepala itu tidak lagi mengawal pergerakan atau tingkah lakunya sebaliknya saka itu yang mengawal sepenuhnya kepala itu sehingga ianya kembali ke tubuh asal tuannya.
Dikatakan, darah daripada wanita yang baru sahaja melahirkan anak membuatkan pengamal hantu penanggal ini menjadi awet muda dan kekuatannya akan bertambah.
Selepas sahaja dia cari makan, dikatakan hantu penanggal ini akan merendam urat perutnya ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan isi perutnya sebelum bercantum kembali ke dalam tubuh.
Dikatakan juga, ilmu penanggalan ini harus diwariskan kepada seseorang sebelum tuan pemilik itu mati. Kalau tidak, hantu penanggal ini akan hidup liar dan akan menganggu penduduk di sekitarnya. Kalau kat Malaysia memang famous hantu penanggal ni kan?
Dekat Kota Belud, Sabah kalau tak silap. ada yang mendakwa pernah menangkap benda ni. Tapi, belum ada kepastian lagi lah sama ada benar atau pun tak.
Tak tahu lah betul atau tak, hantu penanggal ni kita boleh tahu bunyi ‘dia’ macam mana. Lebih kurang macam bunyi burung. “Kuak.Kuak.Kuak” kalau bunyi ni korang dengar macam jauh, maksudnya benda ni dekat.
Kalau bunyi ni korang dengar kuat dan dekat, maksudnya benda ni jauh. Lagi satu, benda ni korang jangan cabar-cabar. kalau ‘dia’ tak dapat ganggu kau, ‘dia’ akan ganggu saudara/isteri korang lagi-lagi kalau tengah sarat mengandung.
Untuk pengetahuan korang, hantu penanggal ni takut dengan benda berduri iaitu daun mengkuang, batang buah limau purut berduri dan letakkan di bawah rumah. Kononnya, benda ini takut duri-duri ni tersangkut di tali perutnya.
Artikel berkaitan:
Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu
Betul Ke Jalan Karak Lama Berhantu?