Biar Betik Malaysia Ada Tempat Setaraf Sungai Amazon?

Ada tak di kalangan pembaca Hamka yang tahu sebenarnya di negara kita pun mempunyai sebuah lokasi pelancongan seakan-akan sungai terpanjang Sungai Amazon.

Destinasi yang dimaksudkan adalah Kampung Beng, Lenggong, Perak atau lebih dikenali pengunjung sebagai “Mini Amazon” Malaysia!

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/02/11/node-5081/84819611_2628896837342085_2641087759539765248_n.jpg?itok=3Jd5CNuc
Kredit: Umpan

Bagi pengunjung yang pernah ke sini, Kampung Beng disifatkan mereka ibarat sebuah syurga yang tersembunyi kerana kehidupan di sini sangat tenang dan begitu mendamaikan.

Kampung Beng ini dahulunya cukup terkenal kerana seringkali dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem antarabangsa antaranya filem ‘Anna and The King’.

Kredit: Infosungaipetani

Malah pelbagai iklan tempatan serta luar negara tau pernah dihasilkan dari lokasi ini seperti iklan Hari Raya Petronas 2003.

Kampung Beng sebenarnya terletak di Sungai Chenderoh sejauh kira-kira 23 kilometer dari bandar Lenggong.

Mini Amazon Malaysia ini menawarkan suasana, pemandangan serta cabaran yang tak kurang hebatnya seperti di Sungai Amazon yang dikagumi dan menjadi tarikan kepada pelancong dunia.

Kredit: orangperak

Kalau korang seorang pemancing tegar, nah, di sinilah port memancing yang paling sesuai untuk korang kerana terdapat ikan jenis Peacock Bass, ikan haruan dan ikan sebarau di sini yang sememangnya menjadi pilihan kaki pancing.

Ada 2 cara untuk sampai ke Kampung Beng ini iaitu dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Durian untuk menyusuri laluan sungai dan tasik ataupun korang boleh ikut jalan darat dengan memandu kenderaan sendiri tetapi ianya memakan masa lebih lama kerana jalannya yang bengkang-bengkok.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/02/11/node-5081/84349273_2628897024008733_6724430016727220224_o.jpg?itok=gwtqspt2
Kredit: orangperak

Jika berkunjung ke sini nanti, korang boleh menginap di homestay yang banyak terdapat di Kampung Beng dan lokasinya juga cukup menarik iaitu di sepanjang persisiran Tasik Chenderoh.

Percaya atau tidak, ramai pelancong asing rata-ratanya dari Singapura, Jepun, Korea, China dan banyak lagi yang kerap datang ke Kampung Beng untuk bercuti dan wajarkah kita yang berada di dalam negara kita sendiri untuk tidak ambil tahu dan tidak datang melancong ke mari?

Jadi tunggu apa lagi, lepas PKP nanti, moh lerr kita ke Kampung Beng dan rasai sendiri pengalaman berada di tengah-tengah Mini Amazon Malaysia ini!

Artikel berkaitan:
Chalet Kontena Pelantar Kecil, Port Sesuai Buat Kaki Pancing
Cool Giler! Cyberjaya Miliki Tempat Lepak Berkonsep ‘Urban Nature’

Raja.Lepak

Read Previous

Sanggup Jadi Hantu Penanggal Dek Kerana Nak Cantik

Read Next

Hanya 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Kek Cheese Gebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *