Vampire: Hantu Penghisap Darah Yang Digeruni

Orang di negara barat pun ada kisah hantu yang mereka percaya. Contohnya seperti Vampire. Mungkin cucu pernah menonton filem berkisahkan tentang hantu Vampire atau juga disebut Drakula ini.

Kali ini, Atok akan ceritakan serba sedikit tentang kisah Vampire yang cukup terkenal di seluruh dunia ini. Menurut cerita rakyat turun-temurun masyarakat barat, Vampire hidup dengan memakan darah makhluk hidup yang lain, tidak kira sama ada mayat hidup (undead) atau orang yang masih hidup.

Walaupun entiti yang dikatakan sebagai Vampire telah direkodkan dalam banyak kebudayaan, istilah “Vampire” tidak dipopularkan sehinggalah pada awal abad ke-18.

Legenda Vampire kerap berlaku, seperti di Balkan dan Eropah Timur. Tahap peningkatan kepercayaan tahyul terhadap Vampire di Eropah membawa kepada histeria fobia.

Dalam beberapa kes, terdapat mayat ditemui mati akibat ditikam pada bahagian jantung selain terdapat juga orang-orang yang dituduh sebagai Vampire.

Di Greece, Vampire dikenali dengan nama yang berbeza iaitu Vrykolakas manakala Vampire disebut sebagai Strigoi di Romania.

Di Malaysia pula, Vampire lebih dikenali sebagai Drakula namun tidak dapat dipastikan sama ada Drakula betul-betul wujud atau hanya sekadar mitos.

Di dalam cerita rakyat, Vampire tidak dapat diusir dengan menggunakan salib. Rupa paras Vampire juga tidak seindah seperti yang digambarkan di dalam filem-filem Hollywood.

Vampire tidak boleh dibunuh oleh cahaya matahari dan tidak boleh dibunuh oleh tikaman kayu ke jantung tetapi hanya boleh dimusnahkan oleh pemotongan kepala dan membakar mereka sampai mati. Walau bagaimanapun, di dalam cerita rakyat asal, Vampire mampu diusir dengan hanya menggunakan bawang putih dan besi.

Baca artikel ini: Nak Jumpa Hantu? Pergi Kat 5 Tempat Menyeramkan Ini

Selain itu, Vampire juga digambarkan tidak boleh menyeberangi garis benih tumbuh-tumbuhan, garam dan air yang mengalir.

Vampire muncul secara berbeza dalam cerita rakyat. Vampire mempunyai kulit kemerah-merahan atau gelap, berbadan kembung, darah meleleh keluar melalui mulut dan mempunyai kuku dan rambut yang panjang.

Bukan itu sahaja, Vampire juga digambarkan memiliki mata merah bersinar-sinar, gigi pula secara tajam dan kuat serta tubuh yang berbau busuk seperti bangkai.

Secara tradisinya, Vampire tidur di dalam kubur masing-masing pada waktu siang dan hanya keluar memburu pada waktu malam. Pada mulanya, mereka akan memakan darah seluruh ahli keluarga mereka dan apabila ia telah membunuh kesemuanya, Vampire mula mencari makan dengan membunuh orang lain.

Cerita rakyat turut menyatakan bahawa Vampire mempunyai kuasa untuk beralih bentuk ke dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Vampire juga boleh menyebarkan penyakit yang membunuh mangsa dan menjadikan mereka sebagai Vampire. Vampire mempunyai kekuatan dan ketangkasan yang hebat.

Cucu tak payah risau laa sebab kat Malaysia ni tak ada Vampire. Walaupun tak ada Vampire, tapi cucu perlu risau sebab kat sini ada Pontianak. Lebih kurang sama jer.

Baca artikel ini: Seram! 6 Rumah Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Raja Lepak

Read Previous

Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Read Next

Gantung Boneka Di Bumper Kereta Untuk Roh Mangsa Kemalangan?

2 Comments

  • Wah, bestnyer kisah hantu vampire saya tak pernah mendengar cerita seperti ini. Terima kasih Tok sebab ceritakan pekara ini. Saya sebenarnya teringin untuk cari tahu entang vampire. Jadi saya cari di internet tiba-tiba ada website ni. Saya dapat jugak baca tentang ni. Lagipun saya ada juga dengar cerita kat YouTube. Youtuber yang ceritakan saya ialah Joe Si Penglipur Lara. Tapi terimakasih jugalah sebab beritahu tentang Vamipre. Saya hargainya sebab kat cartoon semua cakap bila vampire kena matahari terus dah mati. Terima kasih!

  • Terimakasih tentang drakula! Saya suka cerita ini. Terima kasih Tok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *