Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Kalau korang selalu makan kat kedai makanan Jepun, mesti korang akan nampak sejenis hidangan ringan macam kacang pis. Memang jadi feberet Abang Bob!

Kalau korang nak tahu, makanan ringan tu dipanggil edamame. Snek edamame ni bukan sahaja sedap, tapi juga sangat berkhasiat! Ia juga membantu korang untuk berasa kenyang lebih lama.

So kali ni, Abang Bob nak senaraikan 5 kebaikan yang korang boleh dapat melalui snek edamame ni.

Bagus Untuk Tulang

Edamame juga berguna untuk kesihatan tulang kerana ia mengandungi pelbagai bahan penting yang berguna untuk mengekalkan pembentukan tulang dan kepadatan seperti kalsium, besi, magnesium, dan asid folik.

Melancarkan Pencernaan

Edamame sarat dengan serat yang membantu pencernaan. Sembelit dan kembung perut yang korang alami boleh dihalang dengan memakan edamame.

Baca artikel ini: 12 Tempat Menarik Di Batu Pahat Yang Wajib Lawati

Sumber protein

Edamame mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi iaitu 36% lebih tinggi daripada kacang soya biasa. Disebabkan itu, masyarakat Jepun menjadikannya sebagai snek sihat. Malah edamame juga rendah lemak.

Mengurangi risiko penyakit jantung

Selain melakukan senaman rutin, korang boleh mengambil makanan sihat dan salah satunya adalah edamame. Kacang kegilaan Jepun ini mempunyai asid lemak omega 3 dan 6. Di samping itu, kandungan antioksidan juga boleh memecah lemak terkumpul dan mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Program diet

Bagi korang yang berada dalam program diet, maka edamame boleh dijadikan makanan ringan yang tepat. Ini kerana edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi miliki kandungan lemak yang rendah. Selain itu, edamame juga membuatkan korang merasa kenyang dan tidak mudah lapar. Bukan sahaja ia membuatkan korang ketagih tapi edamame ternyata hebat untuk penurunan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kurang kalori, menjadikannya makanan ringan yang ideal. Jadi, daripada korang makan potato chips, apa kata bertukar ke edamame sebagai snek kudapan.

Baca artikel ini: 7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

Raja Lepak

Read Previous

‘Forest Bathing’ Pasti Menghilangkan Masalah & Stress Kerja

Read Next

Vampire: Hantu Penghisap Darah Yang Digeruni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *