Gantung Boneka Di Bumper Kereta Untuk Roh Mangsa Kemalangan?

Pernah tak cucu memandu kat jalan raya dan ternampak sebuah kereta yang mempunyai patung mainan tergantung kat bahagian bumper bawah keretanya? Sebelum ini Atok selalu juga nampak. Untuk hiasan ke? Kadang-kadang tertanya-tanya juga.

Bukan apa, sebab rasa pelik mesti ada sesuatu sebab patung kecil tu sengaja digantung kat bawah kereta.

Kat Bangkok, Thailand, amalan ini pertama kali dilakukan oleh pembawa teksi sebelum penunggang motosikal turut mengikut trend ini. Tapi apa maksudnya? Adakah ia hanyalah satu perhiasan atau ada maksud yang tersembunyi?

Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat kat sana, menggantung patung pada bahagian bawah kereta merupakan satu pemberian kepada roh yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.

Diaorang percaya, dengan melakukan perkara ini, masyarakat kat sana berharap bahawa roh si mati tidak akan menganggu pemandu lain.

Sebabnya, roh yang mati akibat kemalangan itu dikatakan sibuk bermain dengan boneka yang digantung pada bawah kereta.

Baca artikel ini: Legenda Hantu Jeruk Purut

Kepercayaan unik ini dipercayai berasal dari negara Korea kerana rakyat kat sana percaya bahawa sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, rohnya akan berada berhampiran kawasan kematiannya.

Selain itu, masyarakat kat Korea turut percaya bahawa roh si mati sedang menunggu masa untuk dilahirkan semula.

Oleh itu, mereka akan menganggu pemandu lain pada waktu malam supaya mereka juga mengalami kecelakaan di kawasan yang sama.

Tapi tidak semua orang yang mengikuti trend menggantung boneka di bawah kenderaan ini tahu akan maksud sebenarnya.

Malah, ada juga sesetengah pemandu yang berniat nakal dengan menggantung patung berupa anggota badan manusia untuk menakutkan penumpang lain.

Jadi, sekiranya cucu sedang memandu di jalan raya, perhatikan kenderaan manakah yang menggantung boneka seperti ini di bawah kenderaan mereka dan apakah rupa patung itu.

Tak adalah cucu terkejut beruk nanti. Tak pasal-pasal lain pula jadinya.

Baca artikel ini: Hantu popular dalam masyarakat di Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Vampire: Hantu Penghisap Darah Yang Digeruni

Read Next

7 Hotel Paling Berhantu di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *