7 Hotel Paling Berhantu di Dunia

Pernah tak pembaca Damak mengalami pengalaman bunyi yang begitu aneh dan menyeramkan ketika menginap di hotel? Kadang-kadang korang akan terdengar bunyi guli bergolek secara tiba-tiba, bunyi seperti tapak kaki orang sedang berjalan dan suara seakan-akan orang sedang berbisik sedangkan korang sendirian di bilik!

Itu tandanya dekat bilik korang tu ada ‘penghuni’ yang tidak dijemput. Memang banyak hotel-hotel khususnya bangunan bersejarah yang didiami bukan sahaja manusia semata-mata. Tapi ada makhluk lain yang juga ingin menumpang.

Hari ini Damak akan ceritakan 7 buah hotel yang dikatakan terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut.

1.   Hotel Russell, Australia

Kredit: fakt

Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh seorang kelasi. Pekerja di hotel tersebut juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam.

Menariknya hotel ini juga turut menawarkan lawatan hantu buat pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut. Kalau-kalau ada yang hati kering tu, boleh korang pergi sini.

2.   Hollywood Roosevelt, US

Kredit: openskymagazines

Hotel yang merupakan mercu tanda buat Los Angeles itu pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan sering ternampak wanita berambut perang di dalam cermin di suite lama artis tersebut.

Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928, bilik yang pernah didudukinya.

3.   Bourbon Orleans, US

Kredit: booking.com

Hotel ini dikatakan mempunyai banyak hantu atau penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam.

Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan mendiami aras tiga dan enam di hotel ini.

4.   Anchorage Hotel, US

Kredit: IHG Hotel

Hotel ini dikatakan berhantu disebabkan seorang polis  bernama John Black Jack Strugus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri hanya beberapa langkah daripada hotel tersebut.

Kononnya mengatakan bahawa rohnya kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.

5.   Fairmont Banff Springs, Kanada

Kredit: Santorini Dave

Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tetamu.  

Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya. Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.

6.   Hotel Langham, London

Kredit: maxresdefault

Hotel yang pernah menempatkan ramai sasterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni hantu dan paling kerap dilihat adalah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333 yang hanya akan muncul pada bulan Oktober sahaja.

Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera lengkap di tepi tingkap. Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera Jerman yang terjun dari tingkap sebelum perang dunia pertama bermula. Selain itu, hantu Napolean turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.

7.   Toftaholm Herrgard, Sweden

Kredit: Agoda

Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini sering melaporkan beberapa insiden yang aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi.

Kononnya dahulu, terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini namun gadis itu dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya. Pemuda tersebut kemudiannya mengambil keputusan menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.

Artikel berkaitan:
Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu
Nak Jumpa Hantu? Pergi Kat 5 Tempat Menyeramkan Ini

Raja Lepak

Read Previous

Gantung Boneka Di Bumper Kereta Untuk Roh Mangsa Kemalangan?

Read Next

PKP Bukan Alasan Malas Nyahkuman Dalaman Kenderaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *