Rosé BLACKPINK Menjadi Wajah Kempen Untuk PUMA Speedcat Yang Baharu

Selepas kejayaan kebangkitan Speedcat sejak tahun lalu, PUMA kini mengembangkan lagi koleksi tersebut dengan pelancaran Speedcat Mule yang baharu. Siluet baharu ini hadir sebagai evolusi kepada koleksi yang ikonik dengan menawarkan pengalaman pemakaian yang lebih mudah dan santai untuk kegunaan harian. 

Bersama pelancaran ini, Rosé daripada BLACKPINK sekali lagi dipilih sebagai wajah kempen untuk memperkenalkan Speedcat Mule kepada peminat fesyen dan juga global. Kasut ini masih mengekalkan identiti utama Speedcat, namun diberikan sentuhan baharu menerusi rekaan tanpa bahagian tumit yang menjadikannya lebih ringan dan praktikal untuk dipakai. 

Speedcat Mule akan hadir dengan bahagian atas berasaskan kulit yang lembut, dipadankan bersama kemasan berkedut yang memberikan sentuhan yang berbeza dari yang sebelumnya. Pada masa yang sama, rekaan tanpa tali kasut yang digabungkan dengan tali elastik pada bahagian hadapan kaki untuk memudahkan pengguna memakai dan juga menanggalkannya.

Sehubungan dengan itu, PUMA telah menawarkan empat variasi warna yang minimalis dan mudah digayakan iaitu Black, Burgundy, Coffee Brown dan Cream. Kesemua warna ini amat sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai gaya fesyen harian sama ada secara kasual mahupun lebih formal.

Semestinya dengan kemunculan Speedcat Mule akan meneruskan momentum kebangkitan semula untuk penggemar-penggemar koleksi ini. Selain pengenalan semula warna-warna klasik ini , PUMA turut bereksperimen dengan beberapa variasi lain termasuk Speedcat Ballet, Speedcat Wedge serta pelbagai kolaborasi edisi khas.

PUMA Speedcat Mule akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia bermula 23 Jun 2026 pada harga RM379. Pengguna yang berminat boleh mendapatkannya di semua stor PUMA terpilih serta menerusi laman rasmi PUMA. Untuk perkembangan terkini mengenai produk dan koleksi baharu, pengguna boleh mengikuti akaun rasmi PUMA Malaysia di Instagram, TikTok dan Facebook.

Raja Lepak

Read Previous

Xiaomi Lancar Siri Xiaomi 15T di Malaysia – Gabungan Optik Leica, Reka Bentuk Premium & Ekosistem Pintar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *