Terokai Tempat Menarik Di Kuala Pilah

Semua orang tahu kat mana letaknya Kuala Pilah. Tapi Abang Bob yakin, ramai yang tak pasti apakah daya tarikan menarik yang ada kat daerah yang terletak kat Negeri Sembilan itu.

Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh singgah kalau bertandang kat daerah yang terkenal dengan warisan Adat Perpatih itu. Jom bongkar apa yang menarik kat Kuala Pilah.

Bandar Diraja Seri Menanti

Bandar Diraja Seri Menanti telah dibina pada tahun 1902. Pada asalnya, ia digunakan oleh Raja pada zaman dahulu sebagai sebuah tempat singgahsana serta menjadi tempat rehat (rumah rehat) bagi tetamu untuk tujuan rasmi seperti para pembesar, sultan serta raja yang datang ke Istana Seri Menanti. Selepas era kedatangan Kerajaan British di Seri Menanti, banyak perubahan yang telah berlaku. Antaranya adalah mereka telah memperkenalkan sistem jalan yang baik sekitar bandar, tandas yang lebih bersih, ruang yang lebih luas serta lebih moden.

Baca artikel ini: Cuci Mata Jom! Singgah Kejap Kat 7 Mall Terbaik di Malaysia

Tugu Lister

Terdapat satu lagi tempat menarik di Kuala Pilah yang meninggalkan memori sejarah yang kuat semasa era pemerintahan Martin Lister. Untuk pengetahuan korang, Martin Lister ni Residen British yang pertama di Negeri Sembilan. Kat situ terdapat sebuah tugu iaitu Tugu Lister. Ramai yang beranggapan bahawa tugu ini seperti tempat ibadat. Namun sebenarnya ia adalah sebuah tugu untuk memperingati jasa dan pengorbanan Martin Lister semasa insiden beliau berjalan di situ untuk menamatkan sebuah konflik perbalahan.

Tapak Megalitik

Pernah tak korang mendengar mengenai ‘batu nisan hidup’ ataupun batu yang saiznya semakin panjang atau besar? Kalau belum, korang boleh melawat ke tapak megalitik ini. Menurut kepercayaan penduduk di sini, saiz batu ini ada yang semakin lama semakin tinggi dan saiznya didakwa semakin membesar saban hari. Ada juga mengatakan bahawa salah satu batu hidup ini milik batu nisan kubur ‘Tok Bongkok’. Mengikut pandangan ahli arkeologi, usia batu ini adalah sekitar ribuan tahun dan merupakan kebudayaan tertua di negara kita sebelum era zaman paleolitik, mesolitik dan logam. Ia menamakannya sebagai megalitik sempena ayat dari bahasa Greek, Mega Lithos yang bererti batu yang membesar.

Makam Tuan Tulis

Tun Tulis atau Tuan Tulis merupakan seorang Ulamak ataupun Wali  yang sangat suka mendekati rakyat dan menyebarkan ilmu agama. Nama beliau turut tidak asing dalam kalangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kononnya dikatakan pada tahun 1925 beliau telah mengubati Yamtuan Besar Pertama di London, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis telah pun meninggal dunia. Tuan Tulis merupakan seorang yang miskin semasa pengajiannya di Temerloh di pondok Tok Ayah Man. Akibat dari kemiskinannya, beliau telah meminjam kitab dari temannya dan menulis satu per satu isi kitab itu sehingga diberi gelaran ‘Ismail Tulis’ oleh kalangan rakan-rakannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1923.

Gunung Angsi

Bagi korang yang gemarkan aktiviti mendaki gunung, bolehlah singgah ke Gunung Angsi. Gunung Angsi memiliki ketinggian 825 meter dari aras laut. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak ialah sekitar empat jam. Korang harus melalui laluan trek di sepanjang Sungai Batang Terachi, Ulu Bendul yang sejauh 4.5 kilometer. Setibanya di atas puncak Gunung Angsi ini, korang boleh melihat gunung-gunung berhampiran dan menikmati udara segar. Antaranya adalah Gunung Berembun, Gunung Datuk, Gunung Tampin dan Gunung Telapa Buruk. Tidak ketinggalan Bandar Seremban pun boleh dilihat dari puncak Gunung Angsi ini.

Siapa kata Kuala Pilah sebuah daerah yang membosankan? Banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh terokai kat sana. Lepas dah puas meronda, korang boleh singgah pula menikmati masakan daging salai masak lemak cili api dan itik salai. Fuhh!

Baca artikel ini: Berpatutan! 8 Muzium bawah RM6 yang korang kena pergi dekat Melaka

Raja.Lepak

Read Previous

Tom Yam Makanan Istimewa Keluarga Diraja Thailand

Read Next

Pulau Poveglia Saksi Ribuan Mayat Terbuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *