Tom Yam Makanan Istimewa Keluarga Diraja Thailand

Walaupun masakan tom yam memang diketahui berasal dari Thailand, tapi hidangan panas tu dah cukup sinonim dengan perut orang Malaysia. Kat mana-mana jer korang boleh jumpa restoran masakan tom yam yang menyediakan pelbagai menu masakan ala Thailand.

Penggemar tom yam sendiri pun ada cita rasa masing-masing. Kalau macam Abang Bob ni, abang memang suka makan tomyam, tapi syaratnya jangan terlalu pedas! Kalau tidak, esoknya tidur kat toilet laa jawabnya.

Tapi untuk pengetahuan korang, tom yam pada asalnya merupakan hidangan istimewa yang disantap oleh kerabat Diraja Thailand! Tak sangka kan?

Tom yam yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai makanan tradisi Thailand merupakan gabungan perkataan bahasa Thai, iaitu Tom (proses pendidihan) dan Yam (herba masam pedas). Kedua-dua perkataan tu merujuk pada teknik masakan Thai dan penghasilan sup panas.

Macam yang korang selalu makan, tom yam terdiri daripada campuran pelbagai bahan seperti serai, cili, sos ikan, daun limau purut dan dimasak bersama ayam, daging atau seafood.

Kenapa tom yam dikatakan masakan Diraja Thailand? Buktinya, berdasarkan perkongsian UNESCO, resepi tom yam telah ditemui pada zaman pemerintahan Raja Rama V atau Chulalongkorn, iaitu sekitar tahun 1868 hingga 1910.

Resepi pada zaman tu cuma memasukkan ikan haruan dan ikan pari kat dalam sup tom yam. Tak ada campuran bahan lain seperti lengkuas, daun limau purut dan serai macam tom yam yang korang makan pada hari ini.

Baca artikel ini: Bronok: Makanan Istimewa Dari Bumi Mahsuri Langkawi

Lepas tu, resepi ‘tom yam kung’ pertama kali ditemui dalam buku masakan Diraja Thailand yang ditulis oleh Mom Rajawongse Kitinadda Kitiyakara.

Dalam buku tu telah dinyatakan resepi sup udang segar yang pernah dimasak untuk keluarga Raja Rama IX pada tahun 1962. Resepi sup udang itu menyebut bahan yang digunakan seperti sos ikan, daun limau purut, cili dan serai, sama seperti bahan-bahan yang digunakan pada tom yam.

Menarik kan? Selama ni korang cuma tahu tom yam berasal dari Thailand jer. Tak sangka rupanya makanan yang korang selalu makan tu pada asalnya hidangan istimewa keluarga Diraja Thailand.

Untuk artikel yang akan datang, nanti Abang Bob cuba kupas kepelbagaian tom yam yang korang kena tahu dan cuba!

Baca artikel ini: Kepelbagaian Laksa di Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Jom Kemas Rumah Guna Teknik Kon Mari Yang Buat Anda Terpegun

Read Next

Terokai Tempat Menarik Di Kuala Pilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *