Berpatutan! 8 Muzium bawah RM6 yang korang kena pergi dekat Melaka

Baru-baru ni min ada seorang kawan dari Sabah yang buat pertama kalinya datang melancong ke negeri Melaka. Kawan min tu punya excited bercerita dan mengagumi Melaka sebab katanya bersih dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

Siapa yang tak kenal negeri Melaka guys. Sebuah negeri bersejarah yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. 

Negeri Melaka memang jadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam, bahkan dari luar negara juga. So tak hairanlah kalau Melaka boleh jadi sesak giler terutamanya pada musim cuti sekolah mahupun cuti perayaan.

Kalau korang nak tahu, kat Bandar Hilir jer terdapat lebih kurang 10 buah muzium yang korang boleh lawati pada kadar harga yang sangat berpatutan. Tak hairanlah apabila Melaka menjadi negeri paling banyak muzium di Malaysia.

So kali ni min nak ajak korang menelusuri muzium-muzium yang ada kat Melaka dengan kadar bayaran bawah RM6 yang wajib korang lawati ok.

  • Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Merupakan muzium paling terkenal di Melaka sejak dulu lagi. Bangunan muzium ini dibina berdasarkan struktur sebenar Istana Melaka pada kurun ke-15 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. 

  • Muzium Setem Melaka

Muzium ni memang unik dan sangat menarik. Muzium Setem yang dibuka pada tahun 2007 ini ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad. Dibuka di bangunan lama Muzium Melaka, Muzium Setem ini mempamerkan setem-setem terawal di Malaysia dan luar negara hingga setem yang terkini. 

  • Muzium Kapal Selam

Kalau korang nak tahu, Muzium Kapal Selam ni menggunakan struktur kapal selam yang sebenar tau! Paling menarik, muzium seumpama ini merupakan satu-satunya muzium yang ada kat Malaysia. Struktur Muzium Kapal Selam ini dibina daripada kapal selam FS Ouessant Agosta 70 yang juga merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 2005 hingga 2009. Kapal selam ni telah dibawa pulang ke Malaysia oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Melaka untuk diabadikan sebagai Muzium. Bertuah! 

  • Muzium Sejarah dan Ethnografi

Muzium ni terletak betul-betul dekat Bangunan Stadthuys atau orang panggil Bangunan Merah kat Bandar Hilir. Muzium ni dibina dengan mempamerkan pelbagai bahan sejarah dan artifak berkaitan negeri melaka bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah zaman Kedmerdekaan pada tahun 1957.

  • Muzium Samudera

Selain Kota A’Famosa, Muzium Samudera ni juga menjadi salah satu ikon kat Melaka dan telah menjadi sinonim dengan negeri tersebut. Muzium Samudera ni telah dibina berdasarkan struktur asal Kapal Flor de La Mar dan telah dibina pada tahun 1990. Muzium ni memfokuskan pada sejarah kelautan Melaka dan sewaktu zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Selain itu, Muzium Samudera ni juga menyingkap pergolakan politik maritime di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik, maka hilanglah segalanya. 

  • Muzium Rakyat

Muzium Rakyat ni memang sangat berbaloi untuk korang lawat sebab ia menempatkan beberapa lagi buah muzium dan galeri dalam satu bangunan. Kat aras bawah, bangunan ni menempatkan Muzium Rakyat yang memfokuskan pembangunan dan kejayaan di negeri Melaka. Kat aras 1 pula menempatkan galeri permainan tradisional yang semakin dilupakan seperti wau , laying-layang dan gasing.  Manakala kat aras 2 pula ialah muzium kecantikan yang memberi penekanan terhadap budaya masyarakat di seluruh dunia tentang maksud kecantikan. 

  • Muzium Hang Tuah

Muzium Hang Tuah ni terletak jauh sikit dari Bandar Hilir, iaitu dekat Kawasan Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong. Muzium ni dibina pada tahun 2013. Uniknya, muzium ini juga ada rumah lima pembesar utama iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kat situ juga korang boleh tengok rumah-rumah Melayu tradisional, Balai Adat dan Pusat Tenun Melaka. 

  • Muzium Chetti

Kaum Chetti ialah masyarakat India Peranakan. Kat Melaka terdapat satu kampung yang dipanggil Perkampungan Chetti yang terletak kat Jalan Gajah Behrang. Kat Muzium Chetti ni terdapat sejarah tentang salur-galur masyarakat Chetti yang merangkumi budaya dan adat mereka. 

So macam mana? Untuk korang yang suka melawat muzium, jangan lupa singgah yer kalau datang ke Melaka. Korang pasti tidak akan menyesal punya.

Raja Lepak

Read Previous

Sedap ke? 8 Makanan Pelik Di Dunia (Part 2)

Read Next

Jom ke Starbucks Rasai Latte dengan rasa Lemon Meringue Sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *