Banyak negara melaksanakan kawalan pergerakan untuk menangani wabak koronavirus (Covid-19) dan ramai majikan dan kakitangan terpaksa bertugas di rumah dan mengadakan perbincangan dalam talian menggunakan kamera video.
Namun malang buat Pengarah Politik di People For The American Way, Lizet Ocampo, apabila melakukan kesilapan dengan tidak sengaja mengubah beliau menjadi kentang semasa mesyuarat dalam talian berlangsung.
Namun pengarah syarikat itu juga tidak dapat memikirkan bagaimana untuk membetulkannya filter tersebut kembali kepada wajah asalnya semula.
Perkongsian itu dimuatnaik oleh pekerjanya, Rachele Clegg di Twitter miliknya hingga tular di laman sosial.
Bos saya telah bertukar kepada kentang semasa mesyuarat pasukan Microsoft kami dan tidak tahu bagaimana untuk menutup tetapan tersebut, jadi dia kekal seperti itu sepanjang mesyuarat.
Rachele Clegg
Susulan itu, Rachele dan rakannya terpaksa menahan ketawa sepanjang mesyuarat itu berlangsung bagaimanapun bosnya langsung tidak marah namun menganggap ia lucu apabila ciapan itu tular.
Sehingga kini, status itu mencecah, 213,000 ciapan dan 912,000 tanda suka daripada netizen.
Artikel berkaitan
Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19
Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’