Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’

Damak memang geram betul dengan orang macam ini. Aku memang angin betul bila orang yang tak tahu nak hormat langsung situasi yang sedang membuat seluruh dunia menderita. Nak kata bodoh, muka cantik tapi itulah sikap seorang wanita yang bertindak jilat tempat duduk tandas.

Video yang tular menerusi aplikasi Tik Tok itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menunjukkan dia menjilat permukaan tempat duduk tandas dan menamakannya sebagai “Covid-19 Challenge”. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan di dalam sebuah kapal terbang.

Tindakan wanita itu mendapat kecaman semua yang menonton video tersebut sedangkan aku sendiri pun kecam..hehee, korang jangan kecam aku tau sebab aku tak suka orang yang bersikap begini. Ini melampau sangat pelik.

Namun, wanita tersebut yang dikenali sebagai Avalouiise boleh pula dia mempertahankan dirinya dengan alasan sudah mencuci tempat duduk tandas terbabit dengan menggunakan Clorox selama 40 minit sebelum menjilatnya.

Lah, yang ini buat aku fikir alasan dia tak logik, dah termalu ada je alasannya. Setelah video itu dimuat naik, dia juga mendakwa dia masih sihat dan tidak mengalami simptom-simptom Covid-19. Namun, apa yang aku paling pelik, Avalouiise dilihat seperti suka dengan perhatian yang diberikan oleh netizen terhadapnya.

Selain itu, di ni jenis ambil kesepatan sebab melalui video yang tular itu dia telah menjana sekurang-kurangnya RM12,000 dan kebodohan yang dilakukan wanita itu juga mendorong pengguna Tiktok yang lain memuat naik video mereka dengan menjilat tombol pintu.

Aku memang mengecam tindakan wanita ini kerana ia juga boleh membuatkan orang terkena tempiasnya. Jadi, kita pun di Malaysia dah lakukan pencegahan awal dan aku yakin ada yang di antara korang tak suka kan.

Mana taknya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ini ada yang terpaksa dicutikan tanpa gaji malah semua kedai-kedai perlu ditutup kecuali pasaraya. Aku tahu banyak perniagaan terjejas disebabkan arahan ini namun aku harap korang patut sebab bagi aku ini tindakan bijak tau.

Bagi aku ini masih okay, tak darurat macam di sesetengah negara. Kalau Malaysia arahkan darurat, masak kita weyy lagi susah sebab kita langsung tak boleh keluar rumah dan wajib untuk berkurung sehingga arahan habis darurat.

Jadi, kepada pembaca Damak, jaga diri dan jaga kesihatan dan janganlah pandang remeh terhadap Covid-19 ini. Nampak macam sakit-sakit biasa tapi kalau dah teruk boleh membawa maut bosco.

Raja Lepak

Read Previous

Jangan Dengar! Lagu Nina Bobo Lagu Berpuaka

Read Next

Bila Masa Kami Tukar Hotel CR7 Jadi Hospital buat pesakit COVID-19?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *