Jangan Dengar! Lagu Nina Bobo Lagu Berpuaka

Haritu Atok ada ceritakan tentang 5 buah lagu menyeramkan yang korang tak payah dengar atau nyanyikan pun takpe. Lepas Atok bagitahu pasal 5 lagu tu, ramai pulak yang dok cari Atok suruh ceritakan tentang salah satu lagu tersebut iaitu Nina Bobo.

Bunyi  tajuk lag utu memang kedengaran lucu dan memberi bayangan ia sebuah lagu untuk menghiburkan kanak-kanak. Namun terdapat kisah misteri disebalik lagu yang berasa dari Tanah Jawa, Indonesia itu.

Cucu semua dah sedia ke nak dengar cerita Atok ni? Hehehe. Muzik memang tak dapat lepas dari hidup cucu-cucu semua. Atok yakin cucu semua setiap hari pasti akan menyanyi tak kira laa lagu apa pun.

Sebenarnya banyak versi pasal lagu Nina Bobo ni yang sangat popular kat Inoensia. Yang pasti, lagu Nina Bobo ni sebenarnya lagu untuk mendodoikan kanak-kanak semasa tidur.

Cucu dengar baik-baik yer, versi pertama asal usul lagu Nina Bobo ni katanya bermula dari sebuah keluarga kecil yang ada seorang sahaja anak perempuan bernama Helenina. Dia ni anak campuran Belanda dan Jawa hasil perkahwinan campur. Bapanya, Van Rodjnik berketurunan Belanda manakala ibunya Mustika, keturunan Jawa di Indonesia.

Nama panggilan Helenina ni ialah Nina. Sejak kecil dia ni ada masalah tidur. Maka ibunya, Mustika selalu menyanyikan lagu setiap malam untuk dia tidur. Lama-lama Nina dah terbiasa untuk tidur, ibunya perlu menyanyikan lagu untuknya.

Atas saranan bapanya, si ibu telah menciptakan sebuah lagu khas untuk menidurkan anaknya. Lirik lagu tu berbunyi begini:

“Nina bobo ooh Nina boo..kalau tidak bobo digigit nyamuk…”

Setiap malam ibunya pasti akan menyanyikan lagu tersebut supaya anaknya tidur. Tapi siapa sangka, suatu hari, Nina jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Masa tu umur Nina baru sahaja 6 tahun.

Kematian Nina telah meninggalkan kesan mendalam pada keluarganya terutama Mustika. Sedih bila satu-satunya puteri yang dimiliki telah meninggal dunia.

Nak dijadikan cerita, suatu malam, ayah Nina telah mendapati isterinya, Mustika sedang menyanyikan lagu yang selalu dia nyanyikan untuk menidurkan anaknya. Mustika bagitahu kalau dia selalu mendengar suara Nina menangis dan meminta untuk dinyanyikan lagu Nina Bobo.

Kerana dakwaan itu, setiap malam Mustika akan menyanyikan lagu tersebut di katil anaknya sebab mendakwa Nina masih hidup dan selalu minta untuk dinyanyikan walaupun hakikatnya, anak kecil itu telah lama meninggal dunia.

Mula-mula Rodjnik menyangkal perlakuan isterinya dan meminta wanita itu supaya tidak lagi menyanyikan lagu tersebut. Tapi, suaminya itu akhirnya telah diganggu dengan roh anaknya sendiri yang marah. Sejak itu, Rodjnik percaya bahawa anaknya masih wujud.

Keadaan itu menyebabkan fikiran kedua-dua suami isteri tersebut terganggu apabila setiap malam, mereka terpaksa menyanyikan lagu Nina Bobo walaupun mereka tahu yang sebenarnya anak mereka telah mati!

Kerana berasa tertekan, kedua-dua pasangan suami isteri itu akhirnya meninggal dunia. Sejarah lagu nina bobo yang lainnya bercerita tentang seorang gadis yang bernama Nina Mijk, dia berasal dari keluarga pemuzik Belanda yang ingin mengembangkan bakatnya di Indonesia.

Semuanya terjadi pada suatu malam ketika hujan lebat, Nina tiba-tiba berubah menjadi seperti bukan dirinya. Dia menjerit-jerit, badannya melipat lentur seperti sedang dirasuk, dan meracau-racau.

Kejadian mengerikan ini terjadi setiap malam dan membuat seluruh keluarga bingung. Ibunya sangat sedih melihat kejadian yang berlaku ke atas Nina selepas gadis itu terpaksa diikat supaya tidak melukakan dirinya. Paling kesian keadaan Nina semakin hari semakin kurus sampaikan fizikalnya tidak ubah seperti mayat.

Keadaannya yang menjadi tidak normal ini membuat ayahnya tidak kuat melihatnya dan kembali ke negaranya, meninggalkan Nina dan ibunya. Memang kejam bila difikirkan sebab si ayah tekad meninggalkan anak dan isterinya sebab dah tak tahan lagi.

Keadaan menjadi semakin buruk bila pembantu rumah mereka juga lari kerana takut melihat keadaan gadis itu yang dah tak serupa dengan orang. Bila semua dah tiada, tinggalah Nina bersama ibunya di dalam rumah itu dalam keadaan yang tidak terurus.

Baca juga artikel ini: Tolong Saya! Kisah Hantu Gadis Di Bunuh Kejam dekat Taman Dobbin

Yang Atok tahu, kedua-dua beranak itu akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh menyayat hati sehingga rumah yang mereka diami itu diselubungi roh kedua-duanya yang tidak aman.

Begitulah kisah misteri tentang lagu Nina Bobo yang dikatakan berpuaka. Sampai hari ni lagu Nina Bobo ni tiada siapa yang berani dengar sebab didakwa lagu ni seakan-akan menyeru roh anak kecil yang mati dalam keadaan tidak aman.

Baca juga artikel ini: Kisah disebalik Patung Puaka

Raja Lepak

Read Previous

Itu Pinggang Ke Batang kayu? Gadis Miliki Pinggang Kecil Macam Lidi

Read Next

Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *