Itu Pinggang Ke Batang kayu? Gadis Miliki Pinggang Kecil Macam Lidi

Aduhhh! Naik sneak Abang Bob tengok pinggang sorang gadis ni. Kalau Abang Bob jentik kompom patah. Kisahnya pasal seorang gadis bernama Aleira Avendano dari Venezuela.

Kalau korang tengok pinggang dia, rasa macam tak percaya jer. Punya laaa kecik. Aleira ni seorang model  dan sangat obsess untuk memiliki pinggang yang ramping. So untuk tampil cantik, dia sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk dapat potongan badan yang dia idamkan. Tak cukup dengan tu jer, dia juga sanggup pakai korset selama 23 jam sehari semata-mata untuk dapat saiz pinggang yang dia idamkan!

Giler arrr..Kalau Abang Bob laa mau murung sepanjang hari. Aleira start pakai korset sejak 6 tahun lalu semata-mata untuk kekalkan potongan badannya yang seksi. Nak tahu tak berapa ukurlilit pinggang dia? Cuma 50 sentimeter!

Aleira yang berasal dari Caracas hanya akan menanggalkan korsetnya semasa mandi sahaja jer guys dan akan pakai semula korset tersebut sepanjang hari termasuk ketika tidur!

Bila dah lama-lama, dia jadi semakin obsess nak jadi ramping sebab dia berasa teruja bila orang ramai memandang pinggangnya yang ramping tu.

Baca juga artikel ini: Salah dengar ke, BI bunyi macam nama makanan

Mula-mula dia pakai korset, dia mengaku terpaksa menanggung rasa sakit terutama pada bahagian dada selain susah nak bernafas sebab terlalu ketat.

Tapi dah lama-lama, dia dah jadi biasa dan tak rasa sakit lagi dah dan berasa bangga bila ramai puji pinggang yang kecil dan cantik itu. Aduhhh!

Bila Aliera jalan-jalan kat luar, orang ramai teruja nak pegang pinggangnya sebab walaupun ia kelihatan aneh, tapi ia kelihatan sangat cantik.

Tapi tindakan Aliera tu sebenarnya sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan ia patah sekaligus mengancam nyawanya.

Alahaiii macam-macam laa kehendak orang kat dunia ni. Dah elok-elok ada pinggang, nak jadi macam lidi. Habis tu nak makan macam mana yer? Korang semua jaga laa diri tu elok-elok jangan buat yang bukan-bukan.

Baca juga artikel ini: Tampar wajah sebab nak cantik? Teknik rawatan pelik dekat Thailand

Raja Lepak

Read Previous

Jangan Nak Pandai-Pandai Dengar. 5 Lagu Dipercayai Boleh Memanggil Hantu

Read Next

Jangan Dengar! Lagu Nina Bobo Lagu Berpuaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *