Bila Masa Kami Tukar Hotel CR7 Jadi Hospital buat pesakit COVID-19?

Ni Hamka nak tanya, siapa yang pandai-pandai kata hotel pemain bola kegemaran Hamka, Cristiano Ronaldo akan bertukar jadi hospital ini? Nampak gayanya, kekurangan aksi bola sepak mungkin menyebabkan orang menjadi bosan sehingga mendorong mereka untuk mencipta berita palsu

Baru-baru ini, kecoh media sukan satu dunia dengan berita kononnya dua hotel kepunyaan Ronaldo yang dinamakan Pestana CR7 di Portugal akan ditukar menjadi hospital. Dalam posting itu dikatakan Ronaldo mahu membantu mengurangkan kesesakan hospital awam yang tak menang tangan merawat wabak COVID-19 ketika ini.

Ronaldo juga turut dikatakan akan membayar gaji semua staf hospital di hotelnya dan memberi rawatan percuma kepada pesakit. Selepas tular di media sosial, berita itu sebenarnya palsu selepas media Belanda, RTL Nieuws menelefon sendiri jurucakap Pestana CR7 Hotel di Lisbon semalam untuk bertanya tentang kesahihannya.

Jawapan yang diberikan oleh jurucakap Pestana CR7 Hotel ringkas tetapi padat. Ini jawapan yang diberikan :

“Kami adalah hotel. Kami tak akan jadi hospital. Hari ini berjalan seperti biasa, dan kami akan tetap beroperasi dan kekal beroperasi sebagai hotel. Kami sudah pun menjawab soalan ini kepada media lain. Salam sejahtera.”

Ni, kalau korang nak tahu, berita palsu ini berasal dari satu post di Facebook page berbahasa Portugis yang bernama ‘Arena Desportiva’ pada 14 Mac lepas. Dalam post tersebut, dikatakan mereka mendapat maklumat daripada seorang pengerusi yayasan kebajikan yang mengatakan Cristiano Ronaldo akan menukar hotelnya, Pestana CR7 Hotel, kepada hospital untuk merawat pesakit COVID-19.

Berita palsu ini tersebar ke seluruh dunia selepas wartawan akhbar Marca yang bernama Nuno Luz melaporkan berita tersebut di laman sesawang media sukan dari Madrid itu. Dari situlah, berita ini tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Setakat ini bintang Juventus berusia 35 tahun ini masih belum memberikan apa-apa respons mengenai berita hotelnya akan ditukar menjadi hospital. Nampak gayanya lepas ini kita kenalah berhati-hatilah dengan berita sensasi begini walaupun niat yang dilakukan itu bagus.

Sekarang banyak betul penularan berita palsu, jadi pembaca Dang Sari semua kena hati-hati. Baca dari sumber yang betul ye!

Artikel berkaitan
Konvokesyen Di UNNES, Graduan Perlu ‘Sembur Dulu Sebelum Salam’ Demi Cegah Covid-19
Rakyat Malaysia ‘Jangan Panik, Jangan Cemas’ Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Bermula Esok

Raja Lepak

Read Previous

Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’

Read Next

Terliur Dibuatnya! Masakan Padang Yang Sangat Ohsem!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *