Selamba lunjur kaki dalam kapal terbang

Budak Kaca Mata rasa pasti setiap di antara kita pernah menaiki kapal terbang untuk menuju ke destinasi. Sekarang ini pula bukan sahaja penerbangan luar negara malah dalam negara pun dah banyak dah penerbangan domestic diwujudkan.

Mesti you all’s sedarkan bahawa tempat duduk yang disediakan buat penumpang economy class di mana seat agak sempit dan tidak selesa. I admit benda itu sebab I kalau naik kapal terbang khususnya perjalanan yang memakan masa lebih 4 jam, pasti I akan sakit badan.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang penumpang sebuah penerbangan terkejut apabila melihat dua wanita duduk dalam keadaan kakinya melunjur ke atas selain disandarkan pada kerusi penumpang lain.

Bagi Hamka, menerusi gambar yang kecoh di media sosial jelas menunjukkan yang penumpang itu tidak menghiraukan penumpang lain sebaliknya mengambil pendekatan mementingkan diri sendiri.

Keadaan I yakin berlaku dek kerana wanita tersebut berasa tidak selesa ekoran ruang tempat duduk agak terhad menyukarkan dia mahu merenggangkan jarak antara dua kaki.

Aksi yang tidak bertanggungjawab itu sempat dirakam oleh penumpang lain sebelum dimuat naik di Instagram Passenger Shaming sehingga tular di laman sosial.

Perkongsian gambar berkenaan mendapat kutukan dari netizen selain menyifatkan wanita berkenaan tidak menghormati penumpang lain yang berada di dalam pesawat tersebut.

Korang, please, I ingatkan janganlah korang buat tindakan seperti ini lebih-lebih lagi bila korang melancong ke luar kerana bagi I akan sedikit sebanyak mencemarkan nilai budaya positif yang ada pada setiap rakyat Malaysia.

Kalau kosong itu, I maafkan sikit tapi kalau ada orang janganlah sebab kalau perkara ini berlaku dengan I, siap sedialah orang yang dekat belakang tu kena ceramah dan menerima sedikit makian daripada I sebab totally this attitude are rude. So, jangan buat tau…okay.

Kata sja693, “Penumpang berkenaan tidak ada perasaan malu hingga membuatkan penumpang lain tidak selesa.”

“Seorang yang menjengkelkan. Mungkin jika wajah mereka didedahkan, mereka tak buat lagi tingkah laku seperti itu,” ujar markle.

Raja Lepak

Read Previous

Buah ranum tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

Read Next

Ini Kucing Kedut Bukan Sebarangan, Xherdan Sangat Popular Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *