Ini Kucing Kedut Bukan Sebarangan, Xherdan Sangat Popular Di Media Sosial

Seekor kucing dari baka Sphynx yang memiliki wajah perengus selain berkulit kedut-kedut pada seluruh badan kini menjadi sensasi terbaharu di media sosial Instagram.

Gambar seekor kucing baka Sphynx dengan wajah seolah-olah sedang marah yang dimuat naik di media sosial pemiliknya menarik perhatian netizen.

Kredit: Daily Mail

Cuak jap Hamka tengok muka dia, ini kalau marah ini aku rasa mahu ada kening the rock yang timbul di mata kucing itu…Hahaha…Hamka gurau sahaja.

Ramai juga di media sosial mengakui gerun melihat kedutan kulit kucing bernama Xherdan itu malah ada yang menggambarkannya seperti otak.

Bagi pemiliknya, Sandra Filippi memberitahu walaupun memek muka Xherdan itu nampak seperti sedang marah namun haiwan ini sangat baik dan gemar tidur.

“Ketika pertama kali melihatnya di sebuah kedai haiwan, dia telah mencuri hati saya. Kulit merah jambu dan berkedut, wajahnya unik, membuatkan saya jatuh cinta!

Kredit : Daily Mail

“Kulit Xherdan memang berkedut sejak lahir lagi. Ia sangat aktif bermain dan gemar tidur sambil berpelukan,” katanya.

Apa yang uniknya kucing itu kata Sandra, ia sama seperti kucing-kucing lain tetapi dia tidak berbulu dan suhu badannya juga sedikit panas berbanding kucing biasa.

Kucing yang berusia lima tahun itu diberi nama Xherdan dan kini dipelihara oleh Sandra Filippi di Zurich, Switzerland.

Kalau korang nak tahu, Sandra mengambil keputusan untuk menjadikan Xherdan sebagai haiwan peliharaan selepas dia melihat satu iklan dalam talian yang menawarkan kucing berkenaan untuk penjagaan. Sungguh mulianya hati dia.

Kredit : Daily Mail

Menurut wanita yang tinggal di bandar Ruti, Switzerland itu, penjagaan dan pemakanan haiwan itu tidak rumit serta sangat manja.

Xherdan kini telah mempunyai hampir 5,000 pengikut di Instagram apabila pemiliknya berkongsi gambar menunjukkan kulit kedut selain reaksi wajah bengisnya. Wah, boleh jadi pesaing Bujibu Chempel dekat Malaysia ini.

Kucing itu mempunyai warna badan merah jambu dan sepasang mata berwarna firus. Ada sesiapa yang teringin nak bela. Ini kalau Hamka bawa balik ini, mahu Bulus Hamka dekat rumah buat muka pelik sebab geng dia takda bulu.

Raja Lepak

Read Previous

Selamba lunjur kaki dalam kapal terbang

Read Next

Rakyat Malaysia ‘Jangan Panik, Jangan Cemas’ Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Bermula Esok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *