Rakyat Malaysia ‘Jangan Panik, Jangan Cemas’ Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Bermula Esok

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah memutuskan bahawa kita di Malaysia akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok iaitu 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Bagi Hamka, tindakan ini bagus dan sememangnya perlu dilakukan yang membuktikan kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua.

Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Jadi, Perintah kawalan pergerakan ini ada enam perkara yang perlu korang patuhi dan Dang harap jangan ada yang degil atau nak membantah tindakan ini pula. Bukan lama pun, buat sementara waktu sahaja korang.

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan

  • Hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  • Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  • Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Selain daripada mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, Dang Sari minta pembaca Dang jangan panik dan memberi kerjasama agar dapat membendung wabak Covid-19 ini menjadi semakin parah. Kerajaan juga telah memberi jaminan bahawa bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Dang Sari percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat. Jadi, korang ikut tak apa telah dipesan oleh Perdana Menteri kita kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat yang prihatin

Raja Lepak

Read Previous

Ini Kucing Kedut Bukan Sebarangan, Xherdan Sangat Popular Di Media Sosial

Read Next

Rambut ‘birthday boy’ Disambar Api Gara-Gara tiup api lilin kek hari jadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *