Buah ranum tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

Melihat buah masak yang ranum di tepi jalan membuatkan sesiapa sahaja terliur termasuklah Damak sendiri namun untuk memetik dan mengambil buah itu begitu sahaja memang tidak boleh dilakukan korang.

Dan jika diikutkan kalau dibiarkan begitu sahaja, alangkah membazirnya sedangkan hasilnya boleh dimanfaatkan. Perkara ini terjadi dekat Damak sendiri. Dengan selumber sahaja jiran aku ambil kelapa tanpa bagitahu sedangkan dia tahu dekat taman tu semua tahu pokok itu ayah aku yang tanam.

Namun, apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah buah tersebut boleh dimakan sesuka hati jika memang tidak ditemui siapakah tuan kepada pokok tersebut? Jangan risau, Damak kongsikan dan merungkaikan tentang persoalan itu.

Menurut seorang pendakwah, Dr Fitri Haris, sebenarnya terdapat tiga langkah atau adab apabila korang ingin memanfaatkan atau memetik buah daripada pokok yang tidak diketahui siapa tuannya.

Apabila suatu pokok berbuah, contohnya rambutan, epal atau kurma di tepi jalan dan kita tidak tahu siapa pemiliknya, adab yang pertama korang kena tanya sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling.

Jika orang tersebut kata ‘tidak tahu’, tiada jawapan dan sebagainya, kita pergi kepada langkah kedua iaitu dibolehkan untuk kita memakannya. Namun, ada syaratnya iaitu makan di situ saja dan tidak boleh dibawa balik atau dijual.

Yang ketiga, pokok itu mestilah tidak berada di dalam kawasan berpagar yer korang. Ya, kawasan berpagar itu merupakan simbolik atau lambang kepada ia milik seseorang. Jadi sememangnya korang memang tak boleh ambil buah tu.

Justeru, Damak menasihatkan agar korang kena sentiasa berwaspada dan jangan sampai mengambil hak orang lain tanpa izin. Kalau mengidam, tanya sahaja jiran-jiran mesti korang dapat buah tu daripada korang ambil curi-curi, buat kena maki dan sumpah oleh pemilik pokok.

Raja Lepak

Read Previous

Ubi Keledek Ungu Bukan Sahaja Sedap Tapi Juga Ada 1001 Khasiat Untuk Tubuh

Read Next

Selamba lunjur kaki dalam kapal terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *