Ubi Keledek Ungu Bukan Sahaja Sedap Tapi Juga Ada 1001 Khasiat Untuk Tubuh

Pernah makan ubi keledek yang berwarna ungu seperti kat atas? Abang Bob memang suka giler makan ubi keledek ungu atau selalu kita lihat dilabel sebagai Japanese Sweet Potato. Katanya lebih sedap, malah berkhasiat. Diakui mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi, ubi keledek ungu kaya dengan serat, kalium dan vitamin A dan C, malah dikhabarkan baik untuk kulit wajah. Kajian menunjukkan daun ubi keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.
Ubi keledek merupakan makanan yang sangat mudah untuk dimakan sama ada ia boleh dikukus, direbus, atau dibakar. Boleh diambil ketika sarapan, makanan tengahari, makan malam atau snek di malam hari. Korang nak tahu tak, ubi keledek ungu ni mempunyai banyak kebaikan dan juga khaisat. Nak tahu apa dia? Jom baca.

Sokong Sistem Pencernaan

Ubi keledek adalah sumber serat yang sangat baik, terutama apabila korang makan bersama dengan kulitnya. Serat adalah penting untuk kesihatan pencernaan korang dan mencegah sembelit dan penyakit serius seperti kanser kolon. Satu ubi keledek yang bersaiz sederhana mempunyai kira-kira enam gram serat makanan.

Pastikan Jantung Sihat

Kandungan serat ubi keledek yang tinggi boleh menurunkan tahap kolesterol LDL (buruk) dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ubi keledek yang manis ini juga tinggi kalium, yang berfungsi memberi keseimbangan dengan natrium dalam badan korang. Ia juga tinggi tembaga dan logam penting untuk membuat sel darah merah dan menjaga jantung anda sihat. Tahap rendah tembaga telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, dan paras kolesterol LDL yang tinggi.

Meningkatkan Kekebalan

Ubi keledek kaya dengan antioksidan yang menghalang kerosakan radikal bebas dalam tubuh anda. Satu cawan ubi keledek mengandungi 52% nilai harian anda untuk vitamin C, yang penting untuk penyembuhan luka dan pembaikan tisu. Vitamin A dalam ubi keledek membantu tubuh anda membuang sel-sel imun yang menghalang jangkitan dan penyakit dan mempunyai kesan anti-tumor.

Baik Untuk Mata

Ubi keledek ungu mengandungi beberapa nutrien yang dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mata. Antara yang paling berkuasa adalah karotenoid, termasuk juga alpha-karotena, beta-karotena, lutein, dan zeaxanthin.

Tajamkan Minda

Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese. Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan impuls elektrik melalui badan korang dengan lebih cepat. korang boleh menemui 43% nilai harian mangan dalam satu cawan ubi keledek bakar.

Melegakan Tekanan dan Anxiety

Ubi keledek boleh membantu korang untuk berehat. Kandungan magnesium yang tinggi memainkan peranan untuk menenangkan otak. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kemurungan, gangguan mood, dan sakit kepala.

Meningkatkan Kesuburan

Vitamin A adalah nutrien penting untuk pembiakan sihat. Dan seperti yang korang ketahui, ubi keledek adalah sumber yang hebat. Ubi keledek juga menawarkan bekalan besi yang penting dalam menyokong kesuburan.

Melawan Kanser

Ubi keledek adalah sumber antioksidan untuk melawan kanser, terutamanya pada kulit. Lebih 80% protein dalam ubi keledek adalah sejenis protein penyimpanan yang dikenali sebagai sporamin. Protein unik ini telah dikaji untuk keupayaan anti-kanser dan didapati berkesan dalam beberapa jenis penyakit.

Menstabilkan Kandungan Gula

Kandungan karbohidrat dan serat dalam ubi keledek dapat membantu menjaga gula darah anda stabil. Dan ia dapat membantu korang merasa lebih kenyang daripada biasa. Satu kajian pada tahun 2004 yang diterbitkan Diabetes Care, ubi keledek secara semulajadi mengurang dan menguruskan glukosa darah pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Mungkin korang dah boleh mengamalkan ubi keledek dari sekarang kot? Walaupun korang tahu makan ubi keledek boleh menyebabkan seseorang tu selalu terkentut, tapi sebab khasiatnya yang baik, korang tutup jer laa mata tu. Hahaha.

Raja Lepak

Read Previous

Legenda Dan Mitos Kisah Buaya Putih Di Nusantara

Read Next

Buah ranum tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *