Respect! Warga emas ‘abadikan’ MH370 atas bumbung rumah

Pastinya setiap di antara masih teringat kepada tragedi kejadian kehilangan sebuah kapal terbang, MH370  yang menggemparkan negara lapan tahun lalu masih terpahat di hati sanubari ahli keluarga yang melaluinya.

Malah peristiwa tersebut mencatatkan sejarah hitam baharu apabila seramai 239 penumpang dan 12 kru kapal itu hilang tanpa dikesan sehingga ke hari ini yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Namun, apa yang Hamka nak cerita ini membuatkan Hamka rasa sebak sedikit namun berbangga kerana ada seorang warga emas mengabadikan peristiwa itu dengan membuat sebuah replika kapal terbang berlogokan MH370 di atas bumbung rumahnya walaupun dirinya bukanlah sebahagian daripada ahli keluarga penumpang MH370.

Hamka sendiri dah melihat replika kapal terbang itu yang terletak di Perkampungan Sungai Isap 2 dan bagi Hamka memang cantik. Dari jalan besar pun korang dah nampak ada kapal terbang di atas rumah itu dan replika ini merupakan hasil tangan Mohammad Daud

Buat pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, dia mendapat ilham untuk membuat pesawat tersebut sejurus berita kehilangan MH370 disiarkan di akhbar dan television.  Sebelum ini, dia hanya membuat kincir angin di atas bumbung namun bila sahaja MH370 hilang, dia dapat idea untuk buat pula kapal terbang berlogokan MH370 yang mampu menarik pandangan orang ramai.

Mohammad Daud sedang membetulkan papan tanda informasi yang lengkap dengan maklumat mengenai kejadian MH370.

Dengan replika tersebut, Mohammad Daud  berharap dapat membawa masyarakat mengingat sejenak peristiwa sejarah hitam yang bukan sahaja menjadi tumpuan utama negara kita malah serata dunia dan apa yang membanggakan, dia turut menyimpan keratan akhbar berkaitan berita MH370 dari permulaan insiden sehingga terkini yang akan dijadikan sebuah buku tidak lama lagi.

Mohammad Daud mengambil masa kira-kira seminggu untuk menghasilkan replika tersebut yang membabitkan kos sebanyak RM800 dan kapal terbang berukuran panjang lebih kurang 20 meter dengan lebar dua meter itu itu menggunakan aluminium, paip pvc, fiberglass dan menggunakan paip besi bergalvani sebagai tiang yang memegang pesawat tersebut.

Kerja membina kapal terbang pula selalunya dilakukan pada waktu petang kerana pagi saya meluangkan masa bersama keluarga. Walaupun ia bukan kapal terbang yang sebenar, tetapi sekurang-kurangnya ia menarik minat orang untuk mengunjungi serta melihat replika ini dari dekat yang ingin memberi mesej kepada mereka yang melihatnya.

 Mohammad Daud sedang memotong paip pvc sebagai persediaan bahan-bahannya untuk memulakan proses pembesaran kapal terbang.

Bagi Hamka apa yang dilakukan ini membuahkan hasil kerana boleh katakan setiap hari akan ada pengunjung ke rumah hanya untuk mengambil gambar replika kapal terbang itu dan akan memberikan penerangan tujuan apa dia buat kapal terbang itu, kira macam tour guide lah sebab ini rumah dia, dia jadi tour guide kan…

Mohammad Daud sememangnya sangat gembira kerana hasil yang dilakukan mendapat perhatian masyarakat dan memberi semangat untuk saya meneruskan kerja pembesaran kapal terbang dan mencantikkannya lagi demi menjadi tarikan untuk memperingati peristiwa pahit yang menggegar Malaysia.

Apa yang Hamka tahu, warga emas itu kini bercadang untuk memperbesarkan lagi replika kapal terbangnya supaya masyarakat yang melalui laluan utama akan dapat melihat seolah olah ada kapal terbang yang landing di Perkampungan Sungai Isap 2.

So, korang yang belum menjejaki kaki ke sini, boleh datang ke rumah pak cik Daud sebab bagi Hamka memang kreatif dan unik apa yang dilakukan dan memang rare lah pak cik. Hamka bagi tabik spring penuh dekat Pak Cik Daud!! Terima kasih atas kenangan ini.

Artikel berkaitan
10 tempat percutian ’rare’ di Kedah
Cuci Mata Jom! Singgah Kejap Kat 7 Mall Terbaik di Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Jangan pergi cuti sebarangan! 10 negara selamat melancong 2020

Read Next

Dek kerana makan ikan buntal, tiga sekeluarga ‘tempah’ maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *