Dek kerana makan ikan buntal, tiga sekeluarga ‘tempah’ maut

Ikan buntal atau fugu ini merupakan hidangan mewah di Jepun yang bukan sahaja harga boleh mencecah ribuan ringgit namun risiko terbesar yang boleh terjadi jika korang makan ikan buntal ini akan menempah korang kepada kematian.

Itulah yang terjadi kepada tiga sekeluarga di Banyuwangi, Wilayah Jawa Timur Indonesia yang maut setelah mengalami pening kepala, sesak nafas dan muntah yang dipercayai selepas mereka menjamu ikan beracun itu.

Menurut laporan Kompas yang Damak baca sebentar tadi,  Muhlis Hartono, 65; isterinya, Dewi Ambarwati, 50, dan ibu kepada Dewi, Siti Habsah, 80, maut selepas menjamah ikan buntal hasil pancingan menantunya, Muhlis.

Tiga sekeluarga maut makan ikan buntal. Foto : Kompas

Ketua Polis Banyuwangi, Kombes Arman Asmara Syarifudin memberitahu, pasangan suami isteri itu meninggalkan seorang anak yang masih kecil kini di bawah jagaan saudaranya. Ketiga mereka menjamah masakan tersebut yang dimasak oleh Dewi.

Mereka mengalami muntah dan pening kepala. Mereka telah dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kerana keracunan. Pihak polis kini sedang melakukan ujian kimia untuk mengetahui kandungan yang terdapat pada masakan dan ikan buntal tersebut.

Jadi, korang jangan gatal-gatal nak try makan atau korang buat siang macam ikan-ikan biasa. Di Jepun, bukan orang pasar malam yang jual tau, ia dijual di restoran mewah dan hanya chef fugu yang berlesen sahaja boleh menyediakan ikan buntal yang selamat dimakan.

Faktanya, spesies ikan ini adalah beracun kerana mengandungi tetrodotoxin, sejenis toksik yang amat berbahaya dimana hanya 25 miligram sahaja sudah mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa jam sahaja. Dasyat tak ini ini!..

Lebih menakutkan, tiada antidot atau penawar bagi toksik ikan buntal dan dianggap lebih bahaya daripada sianida. So, kalau korang nak pergi Jepun nanti,  Damak nak kirim korang boleh sebab sebenarnya pun Damak teringin cuma tak berani nak makan sebarang. Cuak oo…

Artikel berkaitan:
Kenduri kahwin sediakan ‘hand sanitizer’ buat tetamu demi elak koronavirus
Pengantin India pilih busana Melayu sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records

Raja Lepak

Read Previous

Respect! Warga emas ‘abadikan’ MH370 atas bumbung rumah

Read Next

‘Saya mahu sebarkan Covid-19’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *