‘Saya mahu sebarkan Covid-19’

Virus koronavirus (Covid-19) ini membuatkan kita lebih berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan oleh orang disekeliling kita lebih-lebih lagi dia menunjukkan simptom virus tersebut seperti batuk.

Namun, seorang lelaki di Jepun dengan selambanya menyebarkan virus tersebut selepas dirinya disahkan positif virus itu walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda jangkitan pada dirinya. Pehh, scary bai mamat ini tapi bagi Hamka ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Menerusi laporan Fuji News Network (FNN) memberitahu bahawa lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an tersebut memperoleh keputusan itu selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di bandar Gamagori pada Rabu lalu dan dipercayai dijangkiti daripada ibu bapanya.

Dia sebenanya telah pun diminta menunggu di rumah sehingga ada kekosongan di pusat kemudahan kesihatan untuk merawatnya namun dia mengambil keputusan untuk pergi ke dua bar selepas memberitahu keluarganya, ‘Saya mahu sebarkan virus tersebut’.

Dia menaiki teksi ke sebuah bar dan berjalan kaki ke sebuah bar Filipina tidak lama kemudian. Lelaki tersebut tanpa rasa bersalah memberitahu pelanggan dia dijangkiti Covid-19 selepas selesai makan dan memesan beberapa minuman.

Susulan itu, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan pihak polis siap lengkap bersut keselamatan bergegas ke bar kedua namun lelaki tersebut telah pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

Difahamkan, dia telah dihantar ke pusat rawatan pada keesokan harinya dan langkah pensterilan dan nyahjangkit turut dilakukan di kedua-dua bar yang dikunjungi oleh lelaki itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu telah menyebabkan tak pasal-pasal beberapa pekerja dan pelanggan di bar tersebut  didiagnos positif Covid-19.

Tindakan lelaki itu juga telah membuatkan  Datuk Bandar, Toshiaki Suzuki memohon maaf dan menyuarakan rasa kesalnya kerana individu itu melanggar arahannya supaya tidak keluar dari rumah.

Sehingga kini, Jepun telah merekodkan lebih 1,000 jangkitan Covid-19 dan majoriti daripada kes itu melibatkan penumpang kapal persiaran, Diamond Princess yang dikuarantin selama dua minggu di pelabuhan Yokohama. 

Raja Lepak

Read Previous

Dek kerana makan ikan buntal, tiga sekeluarga ‘tempah’ maut

Read Next

Derita ‘Simpang Empat Neraka Dengkil’ bakal berakhir hujung bulan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *