Derita ‘Simpang Empat Neraka Dengkil’ bakal berakhir hujung bulan ini

Bagi korang yang menggunakan jalan raya di simpang empat Kajang-Dengkil, Hamka yakin pasti setiap kali korang nak pergi kerja atau balik kerja di laluan ini, korang akan merasa menyirap sebentar menghadapi kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.

Dulu kalau korang nak tahu jalan ini sunyi tak ramai pun yang lalu di sini hanya orang-orang setempat sahaja yang mengetahui simpang ini walaupun simpang ini waktu itu telah pun menghubungkan untuk ke KLIA. Hamka tahu sebab Hamka membesar di sini. Kalau nak pergi KLIA memang dekat dari rumah Hamka. Kira-kira 20 minit sahaja.

Namun, apabila bilangan pengguna meningkat di samping ramai orang menggunakan jalan ini bagi mengelakkan tol berjumlah RM4.30 jika menggunakan highway MEX yang boleh terus sampai ke KLIA, jalan ini menjadi sesak khususnya waktu orang pergi kerja dan balik kerja.

Time ini kalau korang gatal-gatal lalu memang korang cari nahas. Jadi, standby lah korang untuk tersangkut dalam jem kira-kira sejam. Menangis tak berlagulah korang kalau dah sangkut dekat sini. Memang jem, Hamka tak nafikan sehingga jalan ini menerima jolokan ‘Simpang Empat Neraka Dengkil’ dari pengguna yang selalu menggunakan jalan ini.

Hamka kalau nak lalu jalan ini balik rumah memang Hamka pastikan Hamka akan keluar kerja awal dan balik lambat demi nak elak jem di sini. Namun, Hamka nak share berita gembira dengan korang semua di mana kesesakan ini bakal berakhir apabila flyover di simpang tersebut dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada penghujung bulan ini.

Laluan baharu itu akan menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi serta KLIA dan KLIA2 dan Hamka tahu sebelum ini ramai dah mengadu mengenai kesesatan ini yang sedikit sebanyak telah merancatkan perjalanan mereka.

Jadi, flyover ini satu good news buat anda pengguna jalanraya khususnya bagi penduduk setempat dan mereka yang mahukan perjalanan yang cepat untuk tiba ke KLIA atau KLIA2. Lepas ini senang bagi korang nak ke airport bukan sahaja jimat masa malah duit pun jimat.

Lepas ini, takdalah korang lambat ke tempat kerja ataupun terlepas flight di airport dek kerana simpang neraka itu lagi namun Hamka nasihatkan korang kalau nak pergi airport ataupun kerja buatlah perancangan awal agar korang tidak merisikokan diri dalam keadaan merbahaya kerana hendak cepat sampai ke destinasi yang diinginkan.

A close up of a sign

Description automatically generated

Baiklah korang, sampai di sini sahaja perkongsian Hamka, Jika ada sebarang cadangan atau idea, bolehlah share kan dekat Hamka untuk Hamka kongsikan kepada semua orang nanti.

Raja Lepak

Read Previous

‘Saya mahu sebarkan Covid-19’

Read Next

Legenda Dan Mitos Kisah Buaya Putih Di Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *