Pengantin India pilih busana Melayu sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records

Mempelai India memilih busana songket Melayu yang menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records kerana dihiasi reben sepanjang 407.75 meter. – Foto NSH Studios

Majlis perkahwinan merupakan impian setiap bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga dan pastinya akan memilih busana pengantin yang mengikut budaya dan bangsa masing-masing

Namun, buat pasangan mempelai berbangsa India mengenakan busana songket tradisional Melayu amat unik dan membuktikan perpaduan kaum di Malaysia masih utuh dan teguh.

Lebih membanggakan Hamka, busana yang dipakai oleh pengantin tersebut turut menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book Of Records apabila mengenakan reben terpanjang pada busana pengantin perempuan.

Di sebalik kejayaan itu, Siti Zakiah Durani merupakan individu terpenting dalam menjayakan hasrat pasangan pengantin yang dikenali Rem dan Thanaselan.

A group of people standing next to a yellow building

Description automatically generated

Siti Zakiah berkata, pasangan mempelai India itu memilih pakej pakaian Melayu kerana pengantin perempuan tinggal di kawasan perkampungan Melayu.

“Saya difahamkan, mereka keluarga India tunggal yang tinggal di kawasan tersebut. Jadi, pengantin mahukan sesuatu kelainan dan memilih busana Melayu untuk memupuk perpaduan dan meraikan bersama jiran tetangga.

“Tugas saya pula merealisasikan impian mereka untuk mencipta kelainan pada hari bersejarah mereka,” katanya.

A person posing for the camera

Description automatically generated

Menurut Siti Zakiah, dia telah diminta pihak Mir Za Bridal untuk membuat reben terpanjang iaitu sepanjang 407.75 meter untuk menampilkan kelainan pada majlis perkahwinan itu.

“Saya memang sukakan cabaran, jadi saya sahut cabaran itu untuk mencipta reben terpanjang berwarna keemasan untuk dipadankan pada busana songket pengantin berwarna biru.

“Reben ini diikat di bahagian pinggang dan saya mengambil masa dua minggu untuk menyiapkannya. Walaupun nampak mudah tapi sebenarnya susah juga kerana kita perlu bijak mencari kombinasi warna selain jahitan perlu kemas,” katanya.

A group of people posing for the camera

Description automatically generated
Siti Zakiah (kiri) merakamkan gambar bersama pasangan pengantin

Siti Zakiah juga bukan orang baharu dapat bidang jahitan malahan ibu kepada empat cahaya mata itu telah berkecimpung selama 12 tahun dan sentiasa menerima tempahan daripada pelbagai bangsa.

“Tidak dinafikan, semua kaum pernah datang ke kedai untuk menempah pakaian. Dari Cina, India, tidak kira sesiapa pun, kitakan 1Malaysia.

“Saya sedia berkhidmat untuk sesiapa sahaja yang yakin dengan kualiti jahitan saya. Alhamdulillah, syukur saya berjaya mengecapi kejayaan menerusi Malaysia Book of Records,” katanya

Sebelum ini tular di laman sosial, pasangan pengantin berbangsa India mengenakan busana songket Melayu selain tampil kelainan memakai reben terpanjang di Malaysia sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records..

Rata-rata netizen teruja kerana mempelai mendalami budaya masyarakat Melayu menerusi majlis perkahwinan.

Raja Lepak

Read Previous

Indahnya! 6 Percutian Wajib Pergi Dekat Asia

Read Next

Gila Ke Apa?! Hari-Hari Pulak Nak Kena Check Telefon Sebab Penyakit Aneh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *