Indahnya! 6 Percutian Wajib Pergi Dekat Asia

First time Abang Bob pegang salji masa pergi Korea tahun lepas. Sumpah excited gila! Yer laa first time kot masa tu tengok salji. Bukan setakat tengok, siap dapat pegang lagi dengan tangan. Serius sejuk bai! Tak payah pergi jauh-jauh pun ke negara Eropah, kat Asia pun dah boleh rasa pengalaman bermain salji.

Bercuti di negara Asia memang cukup menyeronokkan. Kat negara Asia, korang boleh rasakan hangatnya sinaran matahari dengan pemandangan alam yang cukup luas.

Kalau korang tak suka dengan cuaca panas, korang boleh memilih untuk pergi bercuti kat tempat sejuk yang diselaputi dengan salji memutih. Bercuti kat Asia unik sebab dia bukan sahaja mempunyai kepelbagaian musim, tetapi juga ada empat jenis ragam alam menarik iaitu laut, pasir, gunung dan salji! 

So kali ni, Abang Bob dah gatal tangan nak senaraikan 6 percutian wajib yang korang kena pergi kat Asia untuk rasai pengalaman musim panas dan musim sejuk yang menakjubkan.

  • Koh Samui, Thailand

Apabila tiba musim sejuk, penduduk kat Koh Samui akan berhenti melakukan aktiviti harian mereka dan mengubah suasana di pulau tersebut menjadi syurga untuk pelancong yang ingin mencari ketenangan. Haaa! Memang sesuai laa untuk korang yang betul-betul mencari kesunyian daripada hiruk-pikuk kota. 

Kat sana, korang boleh melakukan aktiviti joga di tepi 

pantai dengan cuaca yang dingin dan menyegarkan! Untuk ke sana, korang boleh menaiki pesawat terus ke Pulau Koh Samui atau transit ke Surat Thani atau Don Sak, kemudian naik feri ke pulau tersebut. Korang juga boleh menaiki bas atau kereta dari Bangkok ke Surat Thani.

  • Cebu, Filipina

Kat sini, korang korang boleh lakukan banyak aktiviti sebab cuacanya yang baik dan menenangkan sepanjang tahun. Kat Cebu, korang boleh berjalan-jalan menelusuri taman bunga pertama di dunia dekat Terrazas de Flores Botanical Garden Cebu atau korang boleh bermain pasir pantai yang putih dekat Pulau Bantayan. Penduduk-penduduk kat sangat memang sangat ramah dan mesra.

So korang akan dilayan macam keluarga sendiri masa berpiknik dengan orang tempatan sambil menikmati lechon (babi guling) yang dimasak sendiri oleh cef selebriti, Anthony Bourdain. Cara nak ke sana, korang boleh menaiki penerbangan terus kem Cebu atau transit ke manila dan ambil flight ke pulau tersebut yang hanya mengambil masa selama sejam penerbangan.

  • Da Nang, Vietnam

Kat Da Nang ni memang terkenal sebagai tempat percutian yang sejuk dan cuaca sempurna. Cuaca sejuk kat sana memang sepanjang tahun dan ditambah dengan bandar buatan yang dibina dekat sekitar Sungai Han menambahkan lagi pesona korang. Korang wajib jelajah ke Pergunungan Marble dan menikmati kehangatan sinaran matahari kat Pantai Non Nuoc. Pada waktu malam pula, korang pasti akan terpikat dengan pemandangan memukau dari jambatan Dragon. 

Waktu siang korang boleh menjelajah taman kat Phap Lam Agoda. Sejarah panjang bandar Da Nang dan seni bina kolonial Perancis bergabung dengan indah dan memukau! Untuk ke sana, korang boleh menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang. Bas dan kereta api juga tersedia pada setiap hari dari bandar-bandar besar di Vietnam.

  • Wilayah Nagano, Jepun

Untuk korang yang nak tengok salji, korang wajib ke wilayah Nagano dekat Jepun untuk melihat dan menikmati keindahan lereng salji kat sana. Pada setiap bulan Mac, kat wilayah Nagano akan turun salji. So tak hairanlah apabila wilayah Nagano telah menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejak 1998. Kalau korang tak suka bermain ski, korang boleh join banyak festival yang banyak dianjurkan nanti. Rasa terlalu sejuk? 

Jangan risau, sebab korang boleh hangatkan percutian korang tu dengan berendam di kolam air panas yang sangat menakjubkan! Cara paling cepat untuk sampai ke Nagano ialah dengan bertolak dari Tokyo dengan menaiki kereta api atau bas yang disediakan setiap hari dan menempuh masa perjalanan antara 1 jam 30 minit hingga tiga jam.

  • Pyeongchang, Gangwon-Do, Korea Selatan

Sukan Olimpik Musim Dingin 2018 telah diadakan di Pyeongchang dekat Daerah Gangwon. Kat sana, korang boleh menikmati suasana menghirup udara gunung yang sejuk bercampur dengan angin pantai yang begitu menenangkan. Korang boleh melakukan aktiviti snowboard, ski dan hiking yang cukup menyeronokkan. 

Untuk ke sana, korang boleh menaiki kereta api sama ada kereta api berkelajuan tinggi atau kereta api biasa yang memakan masa antara sejam hingga 3 jam untuk ke Pyeongchang. Korang juga boleh menaiki bas yang disediakan dari Seoul.

  • Shimla, India

Biasanya menjelang Hari Krismas dan Tahun Baru, suasana dekat Shimla, India ni memang meriah sebab orang ramai tidak mahu melepaskan kesempatan untuk merayakan kedua-dua peristiwa tersebut sambil bermain dengan salji. Kat sana, korang boleh menikmati pemandangan gunung Himalaya dengan menginap di resort yang terletak di puncak gunung, bermain ski dan meluncur air di satu-satunya lapangan luncur ais terbuka di Asia. 

Untuk ke sana, korang boleh menaiki Toy Train melalui kaki bukit yang dikelilingi dengan hutan dari Kaka ke Shimla. Selain tu korang juga boleh menaiki kapal terbang dan turun di Jubbarhatti, Chandigarh dan New Delhi sebelum menaiki bas untuk ke Shimla.

So amacam? Teruja tak nak bercuti ke lokasi percutian musim sejuk yang sangat best dekat Asia. Abang Bob sendiri pun dah rasa teruja, macam teringin pula nak ke sana. Jom laa korang kita plan sama-sama!

Raja Lepak

Read Previous

Gadis Cantik Nak Jadi Alien Tak Pasal-Pasal Terus Buta

Read Next

Pengantin India pilih busana Melayu sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *