Gadis Cantik Nak Jadi Alien Tak Pasal-Pasal Terus Buta

Itu laaa lain kali kalau nak buat apa-apa fikir dulu baik-baik, kan tak pasal-pasal dah mendapat! Abang Bob pun tak kehendak sorang Minah ni.

Dah elok-elok ada sepasang mata yang cantik, yang hang pi boh dakwat dalam biji mata pasaipa? Konon nampak cantik lepas tatoo biji mata dengan dakwat hitam, last-last buta terus.

Haihh! Ni Abang Bob nak membebel, jangan laaa buat benda merepek macam ni. Banyak lagi cara  untuk tampil cantik.

Kisahnya begini, ada seorang wanita berusia 25 tahun dari Poland, telah menjadi buta pada mata sebelah kanannya, manakala mata kirinya pula mula menjadi kabur lepas bertindak ‘bijak’ memasukkan dakwat hitam ke dalam biji matanya.

Konon-konon nak tampil cantik dan unik, so wanita tersebut yang bernama Aleksandra Sadowska telah menyuruh seorang pembuat tatoo untuk mencacah biji matanya dengan dakwat hitam.

Kisah tragik tu dah berlaku empat tahun lalu sewaktu wanita yang berasal dari Wroclaw, Poland tu tekad untuk mewarnakan biji matanya. 

Sebelum tu, Aleksandra telah membuat carian dalam laman web untuk mencari pembuat tatoo yang boleh menunaikan impiannya itu dan telah bertemu dengannya.

So guys, lepas Aleksandra settle buat tatoo kat dalam mata, dia dah mula mengadu rasa sakit tak lama lepas tu. Tapi pembuat tatoo memaklumkan bahawa rasa sakit tu perkara normal dan menyarankan wanita tu mengambil ubat tahan sakit untuk sementara waktu.

Tapi keadaan Aleksandra semakin teruk hingga menyebabkan matanya menjadi semakin kabur dan berair. Hasil pemeriksaan doktor mendapati, pembuat tatoo tu telah memasukkan dakwat terlalu dalam kat bebola mata Aleksandra.

Tak lama lepas guys, mata kanannya sedikit demi sedikit mula terjejas dan akhirnya menjadi buta. Aduhhh! Kesiannya.

Aleksandra bernasib baik sebab mata kirinya tidak terjejas teruk dan dia masih boleh melihat walaupun hanya dengan sebelah mata. Tapi yang tak bestnya, doktor sendiri tak boleh bagi jaminan 100% bahawa mata kirinya akan sembuh, sebab sama seperti mata kanannya, penglihatan pada mata kiri Aleksandra juga menjadi semakin kabur.

Walaupun dia telah menjalani pembedahan, tapi prosedur tu tetap tidak dapat menyelamatkan penglihatannya.

Kesal dengan apa yang terjadi, Aleksandra telah memfailkan saman ke atas pembuat tatoo tersebut yang kini telah pun menerima hukuman penjara selama tiga tahun.

Nasihat Abang Bob untuk semua, masing-masing ada otak nak berfikir. Sebelum nak buat apa-apa tu, fikir baik dan buruk apa yang bakal terjadi.

Sebab terlalu ikutkan hati, nanti tak pasal-pasal jadi buta macam Aleksandra. Menyesal tak sudah!

Credit video: Afera na dywaniku

Raja Lepak

Read Previous

Biar betik Rafflesia wujud di Pahang?

Read Next

Indahnya! 6 Percutian Wajib Pergi Dekat Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *