Gila Ke Apa?! Hari-Hari Pulak Nak Kena Check Telefon Sebab Penyakit Aneh

Cemburu tandanya sayang. Ahaiii!! Betul ke guys? Korang ada tak rasa cemburu kat dalam diri korang? Jangan nak menipu ek. Abang Bob dah lebih dulu makan garam. 

Bohong kalau korang cakap tak ada. Ehh hello? Tak banyak, sikit pun mesti ada sekelumit rasa cemburu kat dalam diri. Biasalah guys dah Namanya pun manusia.

Tapi, kalau kot yer pun korang ada rasa cemburu, tak payah laaa nak over! Ni yang Abang Bob nak marah ni. Tiberr emo.

Oklah guys, bercakap pasal cemburu ni, kalau korang nak tahu, cemburu ni merupakan sejenis penyakit yang memang wujud dalam terma kesihatan tau.

Penyakit cemburu ni juga dikenali sebagai Sindrom Othello, iaitu sejenis gangguan psikiatri ganjil yang menyebabkan pesakit bersikap cemburu buta. So kalau kawan korang ke, kekasih, isteri atau sesiapa jer laa yang ada sifat cemburu ni, kau cakap kat dia ada Sindrom Othello.

Antara penghidap Sindrom Othello atau penyakit cemburu ni ialah seorang wanita bernama Debbi. Si Debbi ni dia dah berkahwin tau. So setiap hari, suaminya, Steve Wood terpaksa akur apabila isterinya akan meminta telefon bimbit, akaun e-mel dan penyata bank untuk diperiksa setiap hari! Over nau!

Tu tak cukup ekstreme guys, selain tu, Steve juga perlu menjalani ujian pengesan penipuan setiap kali selepas pulang ke rumah bagi membuktikan dia masih setia dengan isterinya. Hahahaha! Ok I’m done.

Serius laa guys, Steve juga dilarang untuk menonton televisyen dan membaca majalah kat rumah. Alasannya sebab di Debbi tak nak suaminya melihat wanita lain. 

Tapi sayang punya pasal, Steve kata dia tak kisah dengan perangai isterinya tu, malah dia berasa bangga sebab mengahwini seorang wanita yang hebat.

Sebenarnya guys, sifat cemburu keterlaluan Debbi ni disebabkan dia menghidap sejenis sindrom ganjil yang menyebabkan dia mengalami gangguan kecemburuan delusi sekali gus menjadikan dia wanita paling kuat cemburu yang over gila!

So disebabkan penyakit tu, Debbi sering merasakan Steve berlaku curang walaupun tanpa bukti yang mengaitkan Steve dengan wanita lain. 

Korang bayangkan, walaupun si Steve ni keluar rumah hanya 15 minit pun, Debbi akan melakukan ujian pengesan pembohongan sebab berasa sangsi kalau-kalau suaminya ada bermain mata dengan perempuan lain.

Tak mustahil laa si Debbi ni telah berates-ratus kali gagal dalam percintaan sebab penyakit cemburu yang dialami ni.

Walaupun begitu guys, hasil perkongsian hidup dengan suaminya Steve, pasangan tu telah dikurniakan dua orang anak. Mostly pakar psikiatri percaya, kekecewaan mendalam terhadap percintaan Debbi sebelum ini meninggalkan trauma emosi sehingga menyebabkan dia menderita Sindrom Othello.

Lagi teruk apabila Debbi juga didapati menghidap kecelaruan bipolar dan gangguan dismorfik pada tubuh yang menyebabkan sifat cemburunya menjadi bertambah teruk.

Terma Sindrom Othello telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikiatri, John Todd yang telah mengambil istilah tersebut daripada salah satu karya agung William Shakespeare, The Tragedy of Othello, The Moor of Venice.

Dalam karya tu, watak Othello telah bertindak membunuh isterinya, Desdemona selepas mengesyaki wanita itu curang.

Fuhhh! Tak sangka sebenarnya cemburu ni merupakan sejenis penyakit psikiatri. Abang Bob pun kalau ikutkan cemburu juga. Cemburu kenapa orang lain makan banyak tapi badan kurus. Abang Bob makan sekali sehari jer tapi perut, Yarabbi! Oklah bye.

Raja Lepak

Read Previous

Pengantin India pilih busana Melayu sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records

Read Next

Dua tahun mati-mati ingatkan Pokok Sukulen hidup rupanya palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *