Nampak Real! Teman Lelaki Tak Sedar Si Gadis Pakai Baju Lukisan Guna Body Painting Semasa Dating

Siapa kat sini pernah guna aplikasi Tinder untuk mencari teman? Kalau pernah, dah berapa kali korang ada keluar dating dengan kenalan kat Tinder?

Harap-harap korang tak buat la perangai macam si Joy Jewel ni apabila dia keluar dating dengan seorang lelaki dalam keadaan bogel sepanjang hari!

Yang si lelaki tu pula tak perasan rupanya di perempuan tu berbogel sebab tubuhnya telah dilukis seakan-akan dia memakai baju dan seluar menggunakan Teknik body painting.

Kisahnya apabila Joy Jewel yang merupakan seorang model di Amerika Syarikat telah berkenalan dengan seorang jejaka menerusi aplikasi Tinder.

So, selepas berkenalan kedua-dua pasangan tu akhirnya berjanji untuk berjumpa buat kali pertama dekat sebuah kafe dalam sebuah pusat membeli-belah. First date laaa kononya.

Apa yang Abang Bob nak ceritakan kat sini ialah, sepanjang pertemuan tersebut, si perempuan tu sebenarnya langsung tidak memakai seurat benang dan si lelaki tu langsung tak perasan perkara tersebut.

Sebabnya, Jewel telah meminta bantuan Jen Seidel, yang merupakan seorang pelukis terkenal dalam program Jen The Body Painter untuk melukis tubuh Jewel seolah-olah dia memakai baju bercorak bunga-bunga dan berseluar jeans biru.

Dalam video yang dimuat turun, kelihatan si pelukis telah melukis pakaian tanktop lengkap dengan corak berbunga serta seluar jeans siap dengan kemasan jahitan seperti seluar sebenar.

Untuk menyiapkan hasil body painting tersebut, Seidel telah mengambil masa selama 2 jam untuk menyempurnakan ‘busana’ unik sebelum Jewel bertemu dengan teman laman sosialnya.

Jewel bagi tahu, dia memutuskan untuk memakai baju body painting selepas yakin lelaki tersebut tidak kisah mengenainya memandangkan si lelaki itu merupakan seorang pelawak. Tapi sepanjang tempoh perjumpaan itu nanti, Jewel tidak akan berterus terang tentang pakaiannya dan ingin lelaki itu menyedarinya sendiri.

Ternyata sangkaan Jewel meleset apabila sebaik sahaja mereka berjumpa, Jewel yang datang dengan memakai jaket telah dibantu oleh lelaki itu untuk menanggalkan jaket yang dipakainya.

Si lelaki itu sempat memuji pakaian yang dipakai oleh Jewel sangat cantik sebelum kedua-dua mereka duduk di dalam sebuah kafe dan berbual panjang.

Rahsia hampir terbongkar semasa kedua-dua mereka sedang menaiki escalator apabila sekumpulan remaja menjerit ke arah Jewel sambil berkata ‘itu body painting!’ dengan begitu kuat. Reaksi Jewel sedikit terkejut tapi dia sempat cover dengan hanya ketawa.

Tak habis kat situ jer guys, kumpulan remaja tu tunggu si Jewel sebab diaorang yakin baju yang dia pakai tu memang Teknik body painting. Bila dan jadi macamtu, si lelaki tu terpinga-pinga laa dan bertanyakan adakah benar dia sedang berbogel?

Si Jewel ni memang tak nak mengaku dan mengajak lelaki itu keluar daripada mall tersebut. Nak dijadikan cerita, kat luar pula masa tu tengah hujan lebat. Boleh agak tak apa yang akan jadi kalau diaorang redah jer hujan tu?

Nak tak nak, Jewel akhirnya terpaksa mengaku bahawa sepanjang mereka berdua jumpa, dia memang tidak memakai seurat benang pada tubuhnya dan hanya melukis baju dan seluar menggunakan Teknik body painting.

Terkejut laa si lelaki tu, tapi dia tak marah pun, dan berharap dia dapat berjumpa Jewel lagi dan memakai pakaian sebenar yang lebih proper.Ching!

Raja Lepak

Read Previous

Baru 9 tahun, tapi nak bunuh diri sebab tak tahan dibuli

Read Next

Kisah Mayat Paling Mewah di Dunia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *