Baru 9 tahun, tapi nak bunuh diri sebab tak tahan dibuli

Abang Bob ni cukup pantang kalau dengar ada kes buli, kalau boleh dapat si pembuli tu memang Bob dah lanyak dia hidup-hidup. Isu buli bukan benda yang boleh buat main-main. Kerana ramai ibu bapa yang tutup sebelah mata bila melibatkan hal buli terutama di sekolah, ramai di antara kanak-kanak melihat sekolah sebagai satu tempat yang tidak selamat.

Hal ini banyak terjadi bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Ada yang melalui pengalaman di buli hingga tidak mahu ke sekolah dan ada juga yang hendak bunuh diri. Begitu buruknya impak buli ini. 

Image result for Quaden Bayles

Ini Abang Bob ada baca satu tindakan yang diambil oleh seorang ibu dari Brisbane, Australia yang merakam video anaknya yang menjadi mangsa buli. Yarraka Bayles berkongsi video itu di Facebook peribadinya. 

Dia mahu semua orang mengetahui bagaimana kesan akibat pembulian. Anaknya Quaden Bayles berusia sembilan tahun yang juga merupakan manusia kerdil sering dibuli ekoran kondisinya. Yarraka mendakwa anaknya cuba membunuh diri pada usia enam tahun, dia sangat terdesak. Quaden kerap dibuli di sekolah kerana kecacatan fizikalnya.

Image result for Quaden Bayles

Di laman Facebooknya, Yarraka mendapat sokongan dari pelbagai pelayar dari pelbagai pelosok dunia. Mereka mengutuk pembulian dan meminta ibu bapa mendidik anak-anak mereka supaya mendidik anak mereka supaya tidak ada lagi masalah buli.

Video Yarraka kemudian dimuat naik semula oleh @newscomauHQ melalui Twitter rasminya:

Tidak lama, video itu kemudian menjadi viral. Orang ramai bertindak balas terhadap kesan pembuli yang dialami oleh Quaden:

Bintang filem Logan, Hugh Jackman juga menyokong Quaden dalam video yang dimuat naiknya:

Sehingga sekarang, tweet itu telah menerima lebih 13 ribu tweet dan 26 ribu suka.

Image result for Quaden Bayles

Sebagai ibu bapa sebaiknya prihatin dengan apa yang anak lakukan di sekolah, jika mereka dibuli bantu mereka dan berikan semangat dan jika mereka seorang pembuli maka berikan mereka pengajaran supaya tidak meneruskan perbuatan yang tidak baik berkenaan.

Raja Lepak

Read Previous

Anime kuat sebab rambut, betul ke??

Read Next

Nampak Real! Teman Lelaki Tak Sedar Si Gadis Pakai Baju Lukisan Guna Body Painting Semasa Dating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *