Kisah Mayat Paling Mewah di Dunia!

Penampilan daripada segi pakaian dan barangan perhiasan yang dipakai menjadi antara bukti untuk menunjukkan status seseorang individu tersebut sama ada dia Cuma orang biasa atau seseorang yang berpengaruh.

Normal laa guys, biasanya orang kaya-kaya ni kita dapat tengok penampilan diaorang memang berbeza sikit dengan orang ala kadar macam Abang Bob ni.

Tapi yang Bob nak ceritakan kat sini ialah, penampilan serba mewah bukan sahaja dipakai oleh orang yang masih hidup jer tau, orang yang dah meninggal dunia pun ada yang masih tampil serba mewah.

So artikel kali ni Abang bob nak dedahkan tentang penampilan sepasang mayat ni yang diiktiraf sebagai mayat dengan penampilan paling mewah di dunia. Meriah!

Menurut kenyataan oleh DailyMail, mayat yang diisytiharkan sebagai paling mewah di dunia itu sewaktu hidup adalah seorang ketua agama di sebuah gereja di Jerman bernama St. Hyacinth dan Clemens.

Kalau korang tengok kat gambar guys, memang sangat mewah penampilan yang diberikan kat mayat tersebut. Memang luar biasa. Dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, mayat tu dibaluti dengan pakaian dan perhiasan yang diperbuat daripada emas tulen!

Kisahnya masa zaman dahulu, kononnya kedua-dua mayat ini mempunyai kehidupan yang cukup mengerikan. Abang Bob ceritakan laa yer, katanya St. Hyacinth adalah seorang penganut agama Kristian.

Walaupun dia beragama Kristian, dia telah diarah untuk menyembah Dewa Rome kuno. Tapi sebab kepercayaan yang dianuti, dia telah dituduh menyimpang dan diseksa. Kat penjara dia diberi makanan yang dianggap haram tetapi dia sanggup mati kebuluran. 

Sama juga dengan Clemens, apabila dia mengalami nasib serupa dengan Hyacinth. Dia juga telah ditangkap dan dipancung kerana menganuti agama Kristian. Mati syahid la tu.

Tapi, walaupun kedua-dua mereka itu mati dalam keadaan yang cukup tragis, orang-orang kat sana sangat menyayangi kedua-duanya sebab, masa diaorang masih hidup, dia banyak melakukan kebaikan pada gereja dan juga masyarakat kat sana.

So masyarakat kat sana akhirnya sepakat untuk menyimpan kedua-dua mayat tu dalam sebuah ruangan di Biara Furstenfeld, iaitu sebuah gereja Bavaria berhampiran dengan Munich di Jerman.

Menurut info yang diletakkan bersama mayat St. Hyacinth dalam sebuah almari kaca, lelaki itu diketahui meninggal dunia pada 108 Masihi ketika berusia 12 tahun. Ehh! Kanak-kanak lagi rupanya.

Sampai ke hari ini, mayat tersebut masih terus dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihatnya. So itu lah serba ringkas kisah tentang mayat paling mewah di dunia versi Abang Bob. Daa!

Raja Lepak

Read Previous

Nampak Real! Teman Lelaki Tak Sedar Si Gadis Pakai Baju Lukisan Guna Body Painting Semasa Dating

Read Next

Heboh jenazah dibawa naik motosikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *