Malang Tidak Berbau. 11 Selfie terakhir sebelum temui ajal

Haritu min ada bercerita tentang selfie umpama menjadi ‘pembunuh’ kan? Korang ada baca tak? Kali ini, min masih nak bercerita lagi pasal selfie iaitu 12 momen atau selfie terakhir individu sebelum meninggal dunia dalam tragedi.

  • Oscar Otero Aguilar

Siapa suruh mabuk?! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk cuba berselfie dengan sepucuk pistol. Konon-konon nak bergaya. Tapi Malangnya, dia telah tertembak diri sendiri sewaktu mengambil gambar. Sia-sia!

  • Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol

Selfie tidak bertempat! Seorang lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal selepas cuba untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api yang sedang bergerak. Namun malangnya dia meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Alah..alah..!

  • Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)

Gambar selfie terakhir yang diambil oleh Jadiel sebelum dia terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia.

  • Collete Moreno dan Ashley Theobald

Dua gadis cantik ini sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah parti meraikan bakal pengantin baru. Gambar menunjukkan Collete Moreno sedang merakamkan gambar selfie. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete. Malangnya.

  • Gary Slok dan ibunya

Gambar ini merupakan selfie terakhir yang diambil oleh Gary Slok bersama ibunya di dalam kapal terbang MH17 milik Malaysia Airlines. Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi malangnya keddua-dua anak beranak itu tidak berpeluang menikmati percutian idaman setelah kapal terbang tersebut ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia. RIP.

  • Mohammed al-Chaar

Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia 16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar, sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter untuk kempen anti-keganasan.

  • Karen Hernandez

Karen sedang cuba untuk berselfie di sungai El Tunal yang terletak di Mexico. Namun begitu, malang tidak berbau apabila wanita itu tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum mati lemas.

  • Jenni Rivera

Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa kesemua penumpang dalam pesawat tersebut.

  • Courtney Sanford

Courtney Sandford telah memuat naik gambar selfienya terakhirnya beberapa minit sebelum terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Ironinya, wanita itu juga sedang mendengar lagu Happy nyanyian Pharrel Williams ketika kejadian berlaku.

  • Pasangan dari Poland

Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.

  • Xenia Ignatyeva

Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pada kabel yang cuba dipautnya selepas terjatuh.

Ajal maut memang tidak dapat kita elakkan. Semoga beberapa kejadian yang berlaku itu menjadi iktibar dan pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati kalau nak berselfie.

Raja Lepak

Read Previous

Kisah sebenar patung puaka Annabelle

Read Next

Kisah disebalik Patung Puaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *