Cantiknya Awak! 5 Robot Paling Cantik Di Dunia

Perkembangan dunia teknologi memang tiada limit dan terus berkembang dari hari ke hari. Semakin hari, manusia menjadi semakin pintar dan telah menghasilkan pelbagai inovasi terhadap dunia sains dan teknologi. Bahkan ada pakar berpendapat bahawa suatu hari nanti, semua pekerjaan manusia akan dilakukan oleh robot. Kerlasss ke idok?

Bercakap pasal robot, kali ini min nak kupas sedikit info tentang 5 robot wanita paling cantik yang pernah dihasilkan manusia. Yuk!

  • HRP-4C

Robot cantik bernama HRP-4C ini menduduki tangga teratas sebagai robot paling cantik yang pernah dihasilkan. Korang nak tahu kerjaya dia apa? HRP-4C ini merupakan seorang model! Oleh sebab dia dihasilkan untuk menjadi model, maka HRP-4C ini dapat berjalan berlenggang-lenggok persis seorang supermodel okeyyy. Selain itu, tubuhnya juga diprogramkan untuk menyapa setiap penonton. Tapi sayangnya, HRP-4C ini hanya menyerupai manusia pada bahagian kepala dan wajah sahaja, tetapi badannya masih kelihatan sangat robotik.

  • Simroid

Robot ini bernama Simroid. Fungsinya juga sangat unik dan berbeza dengan fungsi robot-robot yang lain. Robot Simroid ini dihasilkan sebagai bahan pembelajaran untuk membantu pelajar yang mengambil jurusan pergigian. Bakal doctor gigi akan menjalani latihan dengan mengunakan robot ini sebagai persediaan untuk berdepan dengan pesakit sebenar.

  • Jiajia

Robot bernama Jiajia ini dihasilkan dari Universiti Ilmu Pengetahuan dan Teknologi di China ini mendapat tempat ketiga sebagai robot paling cantik di dunia. Robot ni oleh bercakap dengan bibirnya bergerak, mengelipkan mata, memberi isyarat tubuh dan menunjukkan ekspresi pada wajah. Bahkan jika seseorang ingin berselfie, Jiajia akan memberikan respond seperti manusia sebenar.

  • Aiko

Korang kenal dengan robot bernama Aiko ni? Robot ni dibuat untuk menjadi peneman bagi lelaki yang kesunyian. Khabarnya robot ini dapat menerima keluhan dan korang boleh meluahkan masalah atau kasih sayang pada robot ini. Aiko mempunyai 13,000 kosakata dalam Bahasa Inggeris dan Jepun sehingga korang boleh berbual dengannya. Aiko telah dihasilkan oleh seorang Saintis yang berasal dari Kanada.

  • Geminoid

Kalau korang berkunjung ke Jepun, jangan lupa untuk singgah bermain di Takashimaya Dapartment Store di Shinjuku sebab kat sana korang akan berjumpa dengan robot cantik bernama Geminoid. Sekali pandang, takda siapa pun yang perasan sebab robot ni mirip seperti seorang gadis berusia 20 tahun! Keistimewaan ialah dia dilengkapi dengan sensor untuk menggerakkan tangan dan mengubah ekspresi wajahnya.

So guys, itulah 5 buah robot paling cantik di dunia yang pernah dihasilkan. Harap-harap Malaysia pun satu hari nanti dapat hasilkan robot persis manusia. Kalau boleh buat robot kacak macam muka min. Bye!

Raja Lepak

Read Previous

Hias Tengkorak? Festival Menyeramkan Dekat Bolivia

Read Next

Tulang manusia kuno bersepah di Iraq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *