Hias Tengkorak? Festival Menyeramkan Dekat Bolivia

Tengkorak selalu dikaitkan dengan kisah-kisah seram berkaitan mistik. Rupa bentuk tengkorak sendiri dah menakutkan buat sesiapa sahaja. Tak sah kalau cerita hantu tak dikaitkan dengan tengkorak.

Selain tu, tengkorak juga dikaitkan dengan simbol pemujaan terutamanya dalam kalangan dukun. Ishh! Min dengar pun dan naik meremang bulu roma.

Kat sini min nak kongsi satu festival berkaitan tengkorak yang diraikan oleh masyarakat di negara Bolivia. Kalau korang nak tahu, setiap tanggal 8 November setiap tahun, masyarakat di La Paz, Bolivia akan menyambut satu perayaan dipanggil Festival Tengkorak.

Diaorang sambut perayaan ni sebab mereka mengagumi serta gemar menyimpan dan menghias tengkorak-tengkorak setiap kali tibanya festival ni.

Dalam Bahasa Latin, Festival Tengkorak ni dipanggil Dia le los Natitas. Masa sambutan festival tu, kebanyakan masyarakat Bolivia yang beragama Katolik akan berkumpul dekat gereja-gereja sekitar ibu negara iaitu La Paz bersama tengkorak yang telah dihias dengan pelbagai rupa.

Tengkorak tu betul ke real? Dah tentu ia adalah tengkorak sebenar milik ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Tapi ada juga dalam kalangan mereka akan mengambil tengkorak daripada kubur-kubur terbiar, dan membersihkannya untuk dibawa ke gereja.

Ikut kepercayaan diaorang, tujuannya adalah untuk mendapatkan keberkatan atau kesenangan daripada upacara tahunan itu.

 Tapi mostly masyarakat Bolivia akan menyimpan tengkorak ahli keluarga mereka sendiri kerana dikatakan lebih berkuasa untuk mendapatkan sesuatu hajat itu.

Masa hari festival tu, korang akan tengok tengkorak-tengkorak tersebut akan dihias dengan jambangan bunga, dipakaikan topi dengan pelbagai warna dan disulam dengan nama si mati dan bercermin mata hitam.

Masa kat gereja pula, tengkorak-tengkorak tu akan diberkati dalam upacara yang dikendalikan oleh paderi. Orang yang pegang tengkorak tu pula akan memohon apa sahaja hajat seperti mendapatkan pekerjaan hingga mendoakan pasukan bola speak kegemaran mereka menang dalam pertandingan besar.

Untuk korang, mesti festival ni kedengaran pelik dan menyeramkan. Tapi bagi penduduk Bolivia, Festival Tengkorak ni adalah upacara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Bahkan mereka sanggup berhabis untuk memastikan tengkorak mereka dihias dengan cantik.

Selesai upacara, tengkorak-tengkorak tu akan dihidangkan makanan seolah-olah mereka masih hidup. Tengkorak tu juga disuapkan dengan rokok dengan jumlah yang banyak sambil diiringi dengan alunan muzik yang rancak. Perghh! Puas betul tengkorak tu dapat hisap rokok.

Tapi, tak semua gereja melakukan upacara Festival Tengkorak tu dan ia hanya dilakukan di La Paz sahaja. Sebabnya, pada tahun 2010, ketua paderi negara Amerika Selatan itu telah memutuskan bahawa perbuatan memuja tengkorak tu telah melanggar kepercayaan Kristian. 

Wahh! Diaorang pun tahu syirik yer. Tapi di La Paz, upacara tersebut masih disambut dengan meriah pada setiap tahun.

So, itulah dia kisah perayaan Festival Tengkorak yang disambut dekat Bolivia. Tengkorak ni memang membawa maksud yang besar dalam sesuatu kepercayaan. Masyarakat Iban di Sarawak pun ada kepercayaan mereka sendiri terhadap tengkorak. Nanti kalau ada mood min kupas pulak kisah tengkorak masyarakat Iban yer. Tata!

Raja Lepak

Read Previous

Seriuslah Ninja Tu Wujud!!

Read Next

Cantiknya Awak! 5 Robot Paling Cantik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *