Jalan sambil Makan! 10 Negara “Street Food” Terbaik

Korang jenis memilih makan tak? Maksud min kalau nak makan, mesti kat tempat yang ada aircon, ada pelayan. Kalau kawan min, dia tak akan makan kat kedai yang tak ada resit. Wah..wah..! Min jenis tak kisah kalau makan kat kedai tepi jalan sekali pun, asalkan ia sedap dan bersih.

Kalau artikel sebelum ni min ada senaraikan 10 makanan tepi jalan paling sedap di duniakan? Ok untuk artikel kali ni, min nak kongsikan kat korang 10 buah negara yang tersenarai mempunyai makanan tepi jalan terbaik di dunia. Baca tau!

  • Thailand

Negara Thailand memang tidak dapat dinafikan sebagai negara yang popular dengan makanan-makanan yang enak. Selain menawarkan hiburan dan keseronokan, Thailand juga menjadi syurga untuk pemburu kuliner yang sedap-sedap. Antara yang popular ialah Pad Thai, Khao Niew Ma Muang, Pad see ew, Som tam, Moo ping, Khao pad poo dan Kanom Jeen.

  • Singapura

Makanan street food kat negara kecil ini juga tidak kurang hebat terutama makanan yang dijual kat Hawker Centers. Mostly makanan yang ada kat Singapura ni tak jauh beza dengan makanan di Malaysia. Antara yang popular ialah Nasi Hainan, Ketam cili, Katong Laksa, Roti Prata dan Mi Hokkien.

  • Jepun

Kalau korang suka makan makanan eksotik, makan Jepun adalah destinasi terbaik untuk korang. Antara makanan popular kat Jepun ialah sajian ikan Fugu, iaitu sejenis ikan beracun. 

Selain tu, makanan street food popular lain kat Jepun ialah sashimi kodok, pelbagai pilihan sushi, ramen dan gyoza.

  • Korea Selatan

Korea Selatan juga tidak ketinggalan menjadi salah satu negara yang menawarkan pilihan makanan street food paling diminati. Antara yang popular kat sana ialah Kimchi selain juga menawarkan pilihan makanan eksotik seperti sotong kurita yang dimakan hidup-hidup. Makanan lain yang popular ialah Tteokbokki, Sundae, Gimbap, Odeng dan Manju.

  • China

Negara China juga tersenarai sebagai salah sebuah negara yang menjadi syurga makanan tepi jalan popular di dunia. Antara makanan tepi jalan popular kat China ialah Dim Sum Xiaolongbao selain turut menyajikan makanan eksotik seperti sate kalajengking.

  • Malaysia

Antara lokasi street food popular kat Malaysia ni ialah di Pulau Pinang. Oleh sebab Malaysia ni negara yang terdiri dalam pelbagai etnik dan kaum iaitu Melayu, Cina dan India, so makanan yang ada pun sangat pelbagai. Contoh makanan popular yang boleh ditemui kat Penang dan juga mudah ditemui di tempat lain ialah asam laksa, Hokkien mee, Wonton mee, nasi kandar dan rojak.

  • Amerika Syarikat

Amerika bukan sahaja terkenal dengan makanan fast food, diaorang pun popular juga dengan makanan tepi jalan ni. Biasanya makanan yang dijual kat tepi jalan di AS ni berasaskan roti seperti hotdog, hamburger atau donat. Biasanya street food kat sana dijual kat dalam truck ala-ala food truck kat sini.

  • Turki

Istanbul yang merupakan ibu kota bagi negara Turki merupakan salah satu kota terbesar di dunia. Makanan street food kat Istanbul pun boleh tahan juga antaranya seperti kebab. Kebab dalam Bahasa Arab bermaksud daging goreng walaupun cara penyediaan daging tersebut sebenarnya dibakar. Antara makanan khas Turki yang lain ialah Lahmacun (Pizza Turkish) dan Sokak Simit.

  • Filipina

Selain menawarkan lokasi pelancongan menarik, Filipina juga tidak kalah sebagai negara yang mempunyai kuliner jalanan popular terutamanya di Manila. Antara makanan  khas tempatan yang popular ialah Tsitsaron, Taho dan Kwek kwek.

  • Vietnam

Kat ibu kota Ho Chi Minh ni memang banyak terdapat tempat pemburu makanan khas dari Vietnam sambal melihat ornament indah pagoda kat situ. Antaranya makanan popular kat Vietnam ialah Cha Gio, Vietnam Chicken Wings, Nuoc Mam Cham dan Pho Bo. Tapi untuk pelancong Muslim korang kena berhati-hati sebab mostly makanan street food kat Vietnam tidak halal. Lagi pun tidak semua makanan tepi jalan kat situ bersih daripada segi penyediaannya.

Raja Lepak

Read Previous

Sedap Ke Makanan Anjing? Lelaki Makan Makanan Haiwan Selama 30 Hari

Read Next

Samurai? Ronin? Apa tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *