Sedap Ke Makanan Anjing? Lelaki Makan Makanan Haiwan Selama 30 Hari

Apa benda paling mengarut yang korang pernah buat? Min mengaku ar sebelum ni min pernah makan makanan kucing sebab tengok kucing min makan macam sedap jer.

Tapi hakikat memang tak sedap! Tapi kenapa kucing min suka ek makan makanan kucing? Sebab dia kucing ke? Haiyooo! 

So artikel kali ni min nak cerita tentang seorang CEO sebuah syarikat pengeluar makanan anjing di aman, dia telah memakan makanan anjing yang dihasilkan oleh syarikatnya selama sebulan semata-mata untuk membuktikan makanan tersebut selamat untuk dimakan oleh binatang kesayangan.

CEO tersebut, Mitch Felderhoff mengakui telah mengambil makanan anjing untuk dijadikan menu hariannya selama sebulan bermula 3 Januari lalu dan berakhir pada 2 Februari 2020. 

Tindakan yang dilakukan oleh Felderhoff tu adalah untuk membuktikan bahawa makanan anjing yang dikeluarkan oleh syarikatnya benar-benar berkualiti dan menjadikan dirinya sebagai sampel eksperimen.

Perghh! Korang bayangkan dalam masa sebulan, dia langsung tak makanan makanan lain, selain daripada makanan anjing berbentuk seperti bebola daging sahaja!

Selain untuk membuktikan makanan anjing tersebut selamat untuk dimakan oleh anjing, Felderhoff juga mendakwa bahawa makanan tersebut juga selamat untuk diberikan kepada haiwan peliharaan lain seperti kuda, ayam dan juga kucing.

Walaupun mengakui makanan anjing tersebut mempunyai bau yang kurang enak, namun yang penting ia selamat untuk dimakan dan rasanya juga sedap! Hahahaha.

Sepanjang tempoh menjadi bahan ujikaji, Felderhoff memang struggle pada minggu pertama untuk menyesuaikan seleranya. Tapi bila dah masuk ke minggu kedua, di amula dapat menyesuaikan diri dan tidak mempunyai masalah untuk makan makanan anjing.

Makanan anjing yang dimakan oleh Felderhoff juga didakwa berkualiti sebab menggunakan bahan-bahan segar iaitu ikan dan juga daging yang sememangnya menjadi makanan kegemaran haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Adoiii…Macam-macam laa orang kat dunia ni. Korang yang tengah baca artikel ni jangan pandai-pandai pula nak makan makanan haiwan. Kang tak pasal-pasal mereput kat hospital.

Min dulu pun makan secubit jer, itu pun dah rasa nak termuntah. Uwerkkk!

Raja Lepak

Read Previous

Ini rumah ke kapal karam??

Read Next

Jalan sambil Makan! 10 Negara “Street Food” Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *