‘Jual’ Anak Gadis Perayaan Istimewa Masyarakat Kalaidzhi

Isu tentang wang hantaran yang mahal selalu menjadi masalah antara lelaki dan perempuan. Hari ini pula, nilai wang hantaran yang diberi adalah bergantung pada kelayakan akademik bagi calon si isteri.

Bahkan, sudah ditetapkan nilai wang hantaran berdasarkan kelayakan Pendidikan iaitu bagi wanita yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD), nilai hantaran yang perlu diberi oleh pengantin lelaki adalah antara RM20,000 hingga RM30,000. Manakala yang paling rendah ialah RM2,000 hingga RM4,000 bagi lulusan PMR (PT3).

Apa yang min nak highlight kat sini ialah, soal wang hantaran tu dah jadi seperti kewajipan untuk seseorang lelaki berkahwin dengan calon isterinya. Keluarga si perempuan pula masing-masing tak nak beralah dan menetapkan harga setinggi mungkin untuk seseorang lelaki itu menikahi anaknya. Sama macam jual anak pula.

Bercakap pasal jual anak ni, min nak kongsi satu tradisi oleh masyarakat Kalaidzhi di Stara Zagora dekat Bulgaria di mana, ibu bapa akan mencarikan jodoh untuk anak gadis mereka dengan ‘menjual’ mereka di bazar.

Untuk pengetahuan korang, terdapat satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Kalaidzhi digelar sebagai hari St. Todor.

Hari St. Todor atau bazar pengantin merupakan sambutan tahunan yang sangat dinanti-nantikan khususnya untuk gadis yang masih sunti.

Semasa hari perayaan St.Todor, kaum lelaki dan gadis yang masih bujang akan berkumpul untuk mencari pasangan sebelum bergelar suami isteri nanti. Kira macam satu pesta besar untuk mencari jodoh laaa ni.

Kat bazar pengantin tu nanti, iringan muzik pop gipsi meriah dimainkan di sana-sini. Rata-rata pengunjung yang terdiri dalam kalangan lelaki dan wanita bujang berusia 18 hingga 25 tahun akan datang dengan gaya dan pakaian yang paling cantik.

Kat situ nanti, para lelaki akan datang menghampiri gadis ke gadis lain manakala si gadis yang datang sambil ditemani penjaga masing-masing hanya akan mempamerkan kecantikan yang mereka miliki sepanjang acara tersebut berlangsung.

Waktu tu nanti, masing-masing akan sedaya upaya untuk menonjol dan memanfaatkan masa itu untuk mengenali bakal suami dan isteri masing.

Korang bayangkan, suasana pada waktu itu tak ubah seperti pasar borong apabila penjaga di gadis masing-masing membuat tawaran kepada teruna untuk mengambil gadis mereka dijadikan isteri.

Kat situ tiada sebarang jualan runcit, tetapi yang ada hanya proses tawar-menawar antara keluarga dan si jejaka sahaja.

Kalau ada jejaka yang berkenan dengan mana-mana gadis, mereka hanya perlu berjumpa dan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa gadis yang turut hadir dalam sambutan perayaan St. Todor.

Lazimnya, penawaran harga akan berlaku dan hak untuk menentukan harga dibuat oleh pihak keluarga perempuan sahaja dengan meletakkan harga yang sangat tinggi. 

Mungkin kedengaran tidak masuk akal. Jika kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan, lelaki dan gadis yang dia suka tu boleh melangsungkan perkahwinan pada waktu itu juga.

Bagi masyarakat lain, sambutan hari St. Todor itu mungkin dianggap pelik, tetapi ia telah diamalkan oleh masyarakat Kalaidzhi sejak turun-temurun.

Malah kebanyakan ibu bapa di situ berkahwin melalui sambutan perayaan yang sama dan kekal bahagian hingga ke anak cucu.

So itulah antara budaya unik yang diamalkan oleh masyarakat Kalaidzhi untuk mencari jodoh. Masing-masing ada keunikan budaya yang tersendiri dan masih berpegang teguh dengan amalan yang dilakukan oleh nenek moyang sejak turun-temurun.

Raja Lepak

Read Previous

Beri Burung Makan Mayat, ‘Jhator’ Ritual Ngeri Orang Tibet

Read Next

Saran Jangan Bunuh Nyamuk, Anggap Macam Derma Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *