Ekspresi realiti KRANS dalam JELAGA

KRNAS keren! Musik memang satu cara untuk mengekspressikan sesuatu yang kadangkala tak terluah dengan bicara. Dan JELAGA menggarap realiti sehari-hari dalam kehidupan. 

Buah tangan terbaru dari KRANS yang kini berlima ini boleh didengar dari pelbagai platform digital selepas official release nya pada 7 February.

Menurut KRANS, lagu ini sudah berusia 2 tahun dan hanya berjaya dikeluarkan baru-baru ini kerana kekangan masa dan kesibukan lain yang tidak dapat dielakkan.

JELAGA membawa erti asap pekat yang menjadi simbol nafas mereka yang sedang melalui waktu sukar dalam hidup. Intipati lagu ini lebih kepada perkongsian dan luahan bebanan yang tidak meminta simpati atau ditangisi. Sekadar keluhan. Sumpah relate sangat!

Formasi KRANS terdiri dari Shofa Aditama (vokal), Dhimas Charlian (Iim), Saga Satria, Anzar Aziz (Ancal), dan Rafly Suhri (Acong) ini juga bakal mengeluarkan album penuh yang dijangka bakal menemui peminatnya tahun ini.

Nafas sudah bagai jelaga

Perah ampas tahan dahaga

Dirimu, diriku dan dirinya

Kaki-kaki yang tapaki

Berhentinya sampai di sini

Eliminasi…

Raja Lepak

Read Previous

SOCAR and TREVO Raikan Semangat Tahun Naga Dengan Dengan Tambahan 400+ Kereta Baru

Read Next

REXONA X (G)I-DLE : Glow It Up!

One Comment

  • Terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *