Layan Galau Dengan Alunan Suara Trio Terhebat (Vol1)

Once Mekel, Marcell dan Bams! Menyebut tiga nama mereka sudah membuat getar rasa apatah lagi peluang mendengarkan sendiri suara lunak jantan mereka mendendangkan barisan lagu-lagu hits yang memang tidak asing lagi di pendengaran kita.

Dengan itu, pertama dan julung kali seumpamanya, Arena Muzik dan ICON Entertainment membawakan gabungan tiga pria ini di atas satu panggung dalam konsert Trio Terhebat (Vol 1) pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Once, Marcell dan Bams adalah tiga nama besar dalam belantika muzik Nusantara. Mereka telah mencipta banyak sejarah dan punya ramai peminat sejak masing-masing mula berkarier sebagai penyanyi.

Trio Terhebat (Vol 1) ini akan menjadi konsert terbaik daripada gabungan pertama antara ketiga-tiga mereka di sini, malah ini merupakan bonus buat peminat mereka.

Peminat juga bakal disajikan dengan 10 lagu-lagu terhits dan popular dari Once, Marcell dan Bams seperti Dealova, Semusim dan Kisah Tak Sempurna serta 1 lagu bonus gabungan tiga suara ini.

Tiket boleh didapati bermula hari ini, Jumaat, 23 Feb 2024 di www.ticket2u.com  Harga tiket bermula dari RM268 – RM1388.

Pemegang kad kredit Maybank layak untuk mendapat potongan harga sebanyak 12% sementara debit kad pula sebanyak 10%. 

Mulakan perang tiket hari ini dan bersedia untuk larut dalam sihir Once, Marcell dan Bams!

Raja Lepak

Read Previous

‘The Lonely Hearts Club’: Buah Tangan An Honest Mistake

Read Next

Dah Sampai! Xiaomi 14 Series Tampil Dengan Ultra Dan Semestinya Extra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *