Suku Asli Indonesia dengan Sihir Paling Kuat

Kat Indonesia memang terkenal dengan kepelbagaian agama, suku hingga budaya. Keberagamaan itu yang membuatkan Indonesia unik dan terkenal di seluruh dunia. Salah satu daripada keberagamaan Indonesia ialah suku yang terdapat di sana. Terdapat beberapa suku asli Indonesia terkenal kerana kekuatan ilmu sihir yang diamalkan dan boleh mendatangkan kemudaratan yang dahsyat. 

So kali ni, min nak bercerita tentang 6 suku di Indonesia yang terkenal kerana ilmu sihir yang mereka amalkan. Artikel ni hanya untuk pengetahuan dan informasi sahaja yer. Jangan nak memandai fikir yang bukan-bukan.


Suku Badui (Banten)

Banten sememangnya cukup dikenali sebagai antara lokasi yang kuat mengamalkan sihir atau ilmu hitam. Salah satu suku yang terdapat di situ dan tertinggal jauh dengan pemodenan di Banten adalah Suku Badui. Suku Badui boleh dikategorikan sebagai suku yang ‘berbahaya’ dan dikenali sebagai suku yang sangat menjaga warisan leluhur dan budaya asli nenek moyang mereka. Antara ilmu sihir yang yang diamalkan oleh Suku Badui ialah debus, iaitu ilmu yang boleh membuatkan  seseorang sangat kebal dengan objek tajam.

Suku Kajang Amma Toa (Sulawesi Selatan)

Suku Kajang di Sulawesi Selatan juga terkenal dengan amalan ilmu sihirnya yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu. Sama seperti Suku Badui, Suku Kajang juga terkenal dengan ilmu sihir seperti santau. Bahkan Suku Kajang memiliki ilmu hitam yang boleh dihantar dari jarak jauh hingga boleh menyebabkan kematian seseorang.

Suku Jawa (Banyuwangi)

Suku Jawa merupakan suku dengan populasi terbanyak di Indonesia. Namun Suku Jawa yang paling terkenal dengan amalan ilmu sihirnya adalah Suku Jawa yang menetap di Banyuwangi. Pada tahun 90-an, gempar apabila muncul seorang dukun yang dikatakan sangat berkuasa dengan ilmu santau dan beberapa ilmu ghaib yang lain sehingga menyebabkan wilayah Banyuwangi menjadi popular.

Suku Asmat (Papua)

Suku Asmat tinggal di Kawasan pedalaman seperti di dalam hutan kerana alas an mereka untuk memelihara alam semula jadi. Suku Asmat dikatakan boleh menghantar ilmu ghaib kepada mereka yang merosakkan hutan. Sehingga kini, Suku Asmat masih mengamalkan kepercayaan memuja roh sehingga sihir yang diamalkan oleh Sumu Asmat dikatakan boleh menyebabkan berlaku bencana alam seperti hujan lebat, rebut petir sehingga rebut taufan. 

Suku Dayak (Kalimantan)

Suku Dayak di Kalimantan sejak dari dahulu lagi memang sudah dikenali sebagai suku yang mempunyai kekuatan ilmu sihir atau ilmu hitam yang sangat hebat. Suku Dayak dikatakan unik kerana mereka meletakkan kekuatannya pada peralatan perang seperti parang, pisau dan tombak. Selain itu, Suku Dayak juga terkenal kerana memiliki amalan seperti dukun yang mampu memberikan jampi untuk menarik jodoh.

Suku Batak (Sumatera Utara)

Salah satu suku yang banyak tersebar di seluruh Indonesia ialah Suku Batak. Suku Batak terkenal sebagai suku yang keras kepala dan tidak takut dengan apa pun. Beberapa amalan sihir yang diamalkan oleh Suku Batak ialah Begu ganjang iaitu sejenis makhluk halus bertubuh Panjang. Dikatakan orang yang melihat hantu tersebut akan meninggal dunia.


Raja Lepak

Read Previous

Sedap ke? 8 Makanan Pelik Di Dunia (Part 1)

Read Next

Mula dari bilik sekarang jutawan muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *