Sedap ke? 8 Makanan Pelik Di Dunia (Part 1)

Korang pernah tak menikmati hidangan yang korang rasa sangat aneh dan meloyakan? Memang terdapat sesetengah hidangan di beberapa buah negara di dunia ini tak masuk dek akal seseorang untuk menikmatinya. Bagi bagi kelompok tersebut, hidangan aneh itu dianggap biasa dan sangat menyelerakan. Kat sini min nak senaraikan 8 jenis hidangan yang dianggap pelik tapi sangat sedap orang sesebuah masyarakat. Jom semak!

  • Balut – Filipina

Balut merupakan sejenis hidangan berupa embrio telur itik yang direbus secara hidup-hidup. Ketika menikmati balut, korang kena pecahkan sedikit telur itu berisi embrio itu dan menghirup air di dalamnya sebelum menikmati ‘anak itik’ bersama kicap pedas. Yummy!

  • Surstömming (ikan busuk) – Sweden

Merupakan sejenis makanan istimewa oleh masyarakat di Sweden. Surstömming ialah ikan mentah yang dijeruk bersama garam supaya tidak hancur. Makanan ini mengeluarkan bau yang sangat kuat namun amat digemari oleh masyarakat di Sweden.

  • Mata tuna – Jepun

Walaupun kelihatan menjijikkan, tapi ternyata rasanya seakan sotong dan enak dimakan. Masyarakat Jepun bukan sahaja menikmati daging ikan tuna, tetapi matanya juga menjadi rebutan kerana dikatakan berkrim dan rasa yang sangat sedap.

  • Telur 1,000 tahun – China

Cara penyediaan ialah dengan cara menyimpannya di dalam abu dan kapur selama beberapa bulan Apabila telur dipecahkan, warna kuning telur akan berubah menjadi hijau gelap atau hitam, manakala putihnya bertukar menjadi coklat gelap seperti jelly.

  • Casu marzu (keju busuk) – Itali

Hidangan berupa keju ini merupakan makanan tradisional istimewa masyarakat di Itali. Keju akan diperam sehingga busuk dan dibiarkan sehingga lalat bertelur di dalam keju tersebut. Apabila telur lalat menetas, kelihatan larva yang masih hidup yang memberikan rasa tersendiri pada keju. Bau dan rasa keju yang busuk itu dikatakan boleh membangkitkan selera makan orang di sana.

  • Tarantula goreng – Kemboja

Kat Kemboja, tarantula goreng merupakan makanan ringan yang biasa dijual di pasaran tempatan. Cara masakannya adalah dengan membersihkan bulu-bulu yang ada pada kakinya dan direndam di dalam serbuk perasa, gula dan garam selama semalaman sebelum digoreng dengan bawang putih. Enak!

  • Wine ular – China

Minuman ini diperbuat daripada beberapa jenis ular yang direndam selama beberapa bulan ke dalam air perahan anggur. Walaupun ular yang digunakan adalah daripada jenis yang berbisa, namun ethanol yang terdapat di dalamnya berasa sangat sedap dan dipercayai baik untuk kesihatan. Haih! Macam-macam!

  • Sosej darah – Afrika, Asia, Amerika dan Eropah

Sosej darah ini banyak ditemui di beberapa buah negara. Mungkin ada yang merasa loya apabila mendengarkan cara membuat hidangan istimewa ini. Bahan yang digunakan adalah darah babi yang dibekukan dan kemudian dicampur dengan ramuan lain. Apabila beku, darah tersebut akan dimasukkan dibuat sosej dan dimasak dengan pelbagai hidangan.

Raja Lepak

Read Previous

Wujud ke tak? Yeti dikesan di Himalaya

Read Next

Suku Asli Indonesia dengan Sihir Paling Kuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *