Hantu popular dalam masyarakat di Malaysia

Korang percaya pada hantu tak? Mostly dalam masyarakat kita memang percaya wujudnya kehidupan lain yang tidak nampak dengan mata kasar. Min yakin ada dalam kalangan korang mesti pernah ternampak atau terserempak dengan kelibat makhluk yang menyeramkan ni. 

Kalau ikut pengalaman min, pernah laa juga ternampak sipi-sipi benda ni. Apa-apa pun, kali ni min nak kupas sikit tentang antara hantu popular dan menakutkan di Malaysia.

  • Pontianak

Korang pernah tengok filem Pontianak Harum Sundal Malam? Pontianak boleh dikatakan antara hantu yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Hantu tersebut dikatakan merupakan semangat wanita yang meninggal semasa melahirkan anak sulung dan kembali menghantui kehidupan. Roh-roh ini adalah makhluk-makhluk yang menakutkan yang muncul sebagai wanita muda yang cantik dan memikat lelaki lalu membunuh mereka dengan ngeri serta memakan organ-organ mangsa mereka. Malah, boleh dikatakan bahawa makhluk-makhluk ini cenderung berkeliaran di sekitar tempat yang terdapat pokok-pokok untuk berteduh dan ia tertarik kepada pokok-pokok pisang. 

  • Pocong

Hantu Pocong dikatakan sebagai roh yang berkeliaran kerana kain kafannya tidak dibuka ketika dikebumikan mengikut amalan Islam. Hantu pocong kadang-kadang memberi makanan pada darah bayi dan akan memiliki orang yang melepaskan kain kafan mereka.

  • Toyol

Toyol merupakan makhluk yang dikatakan berwarna hijau dan kecil. Makhluk ini merupakan semangat bayi yang mati ketika dilahirkan. Kalau korang nak tahu, toyol ni dia ada tuannya. Pemilik toyol harus memberi susu setiap pagi dan memberinya mainan seperti menjaga bayi yang sebenar. Kebiasaanya toyol ini akan mencuri harta benda orang lain. Mungkin anda pernah dengar petua orang dulu-dulu untuk letakkan guli dan kacang hijau di rumah jika menyimpan wang yang banyak dalam rumah. Sebab toyol akan leka bermain dengan benda-benda tu sebab dia berperangai seperti budak-budak.

  •  Hungry ghost

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, pada setiap bulan Ogos, pintu neraka dibuka dan semua roh berkeliaran di dunia. Sering dikatakan bahawa roh-roh ini lapar kerana mereka bergantung pada keturunan mereka untuk membakar wang atau menawarkan makanan untuk mereka. Sebab  itulah setiap bulan Ogos kita melihat persembahan makanan di sepanjang sisi jalan kita. Ini adalah untuk menjaga semangat sehingga mereka tidak datang dan mengganggu penduduk di bumi kerana sesetengah roh jahat dikatakan akan mengganggu mereka yang masih hidup.

  • Mohini

Mohini merupakan hantu wanita yang membunuh dirinya sebelum menemui cinta sejati. Dikatakan bahawa Mohini, akan mensasarkan lelaki yang menarik dan menggoda mereka untuk tinggal bersama sehingga mangsa akhirnya mati.

So itulah serba sedikit hantu-hantu popular yang wujud dalam masyarakat di Malaysia. Harap-harap korang tak jadi mangsa seterusnya. Heheheheh….

Raja Lepak

Read Previous

Fenomena penyapu tegak melanda!

Read Next

New Balance kembali Mengganas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *