New Balance kembali Mengganas

Siapa tidak kenal dengan jenama New Balance. Jenama kasut yang masih kekal popular dan relevan dalam kelas yang tersendiri. Bukan sekadar menjadi jenama pilihan golongan muda masa kini, New Balance juga membawa stail tersendiri yang menjadi signatur dalam arena fesyen jalanan tempatan.

Meskipun jenama New Balance masih dicari oleh penggemar fesyen, ia bagaimanapun dilihat menyepi tanpa “line-up” terbaharu. Bagaimanapun tahun 2020 kerinduan peminat New Balance bakal terubat dengan kemunculan semula rangkaian produk baharu yang lebih onz dan legit.

A picture containing clothing, bedclothes

Description automatically generated

Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya. 

Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di tepi – sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – rilisan terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium. 

A picture containing indoor

Description automatically generated

Kasut ini juga mempunyai midsole ABZORB klasik untuk menawarkan sokongan dan kestabilan, didorong oleh system posing Rollbar yang mengurangkan pergerakan kaki belakang. 

Dengan gabungan mesh, kulit, penyaduran dan butiran reflektif dalam pelbagai warna berserta outsole getah penuh, 850 adalah definisi estetik ’90-an dengan keperibadiannya yang unik.

Melangkah lebih jauh lagi ke dalam sejarah New Balance dengan Heritage Pack,  menampilkan sneaker COMP100 dan barisan pakaian yang elektrik. 

A picture containing clothing

Description automatically generated

Kebangkitan semula COMP100 ini kekal sejati dengan ciri-ciri ’70-an – siluet yang licin dan berprofil rendah, dibentuk oleh bahagian atas kulit yang disokong oleh unit outsole Vibram® MegaGrip untuk daya genggaman yang kuat. 

A picture containing table, indoor, sitting

Description automatically generated

Menjanjikan keselesaan tapak kaki yang unggul dengan gaya “old school”, anda pasti akan menyukai sneaker ini! 

Ditambah dengan kepelbagaian pakaian, dari jaket poliester berwarna-warni ke tshirt grafik dan seluar yang penuh gaya. Dengan pelbagai pilihan untuk anda, mari kembali ke zaman ’70-an New Balance dengan Heritage Pack.

Khas untuk “Black History Month” yang memperingati perjuangan untuk kebebasan di Amerika, Inspire The Dream Pack dari New Balance didedikasikan untuk memberi inspirasi menyatukan generasi hari ini. 

A picture containing table, sitting

Description automatically generated

Menampilkan 850, 997, OMN1S dan 574 (mengikut arah jam dari sebelah kiri bawah), siri ini meraikan pencapaian atlet seperti pemain bola keranjang Kawhi Leonard, merangkumi gaya pemikiran dan keberanian untuk mengubah peraturan gaya hidup dengan dengan cara tersendiri.

A picture containing table, indoor, sitting, clothing

Description automatically generated

 Dalam warna-warna yang menarik seperti biru laut, kelabu, merah dan emas, Inspire the Dream Pack mempunyai keperincian yang tajam seperti midsole speckling pada 850 dan 574, dan band midfoot khas yang tertulis “Inspire” pada OMN1S.

A group of people standing in front of a crowd

Description automatically generated

So guys mana satu pilihan kalbu? Pastikan korang tak melepaskan peluang untuk menambah koleksi New Balance korang. Pastinya worth-it untuk dijadikan koleksi fesyen yang lebih hip dan up to date. So apa tunggu lagi korang kalau nak dapatkan koleksi terkini New Balance boleh ke cawangan yang berdekatan. 

Raja Lepak

Read Previous

Hantu popular dalam masyarakat di Malaysia

Read Next

PELIK!!! Binatang Ditahan Polis kerana Jenayah (Bahagian 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *